Pewaris seni pembuatan senjata berkualiti kini diancam kepupusan. Generasi muda sudah mula tumpul minatnya terhadap profesion tukang besi. Berbeza sekali di negara Barat dan Negara Matahari Terbit, tukang-tukang besi mereka dianggap "bertangan emas" dan merupakan warisan serta kebanggaan negara. Di negara kita tukang-tukang besi hidup miskin dan tidak terkenal. Walaupun hasil kerjatangan mereka berada di pinggang dan tangan pembesar negara dan raja-raja.
Kerja pembuatan senjata warisan bukan sahaja kerja untuk menyiapkan sebatang besi, sebaliknya ia adalah satu kerja seni yang penuh pantang larang dan adat istiadat. Pekerjaan tukang besi biasanya adalah kerja warisan keluarga. Hanya yang ada patat siput sahaja yang boleh menghasilkan barangan berkualiti dan berseni.
Kerja penempaan keris bermula dengan pemilihan hari untuk memulakan kerja,pemilihan besi-besi untuk dicampur. Untuk mendapatkan api yang baik juga memerlukan pemilihan arang dari kayu yang sesuai seperti arang kayu rambutan dan arang pokok ru.
Kerja penempaan senjata terutamanya keris memerlukan tukang mahir dan teliti. Kerja-kerja mengadun besi memerlukan kepakaran dan juga tenaga yang banyak.Semakin banyak kali besi dicampur dan dilipat semakin cantik pamor yang dihasilkan. Jika kita melihat kerumitan untuk menyiapkan sebilah keris pastinya kita tidak akan teragak-agak untuk membayar dengan nilaian yang tinggi apabila berkenan terhadap sesebilah keris.
Proses memasukkan besi waja kedalam adunan juga merumitkan. Ini kerana besi waja diletakana di bahagian tepi mata keris. Ia perlu dilakukan dengan teliti agar kelihatan kemas dan dan elok. Fungsi besi waja ialah untuk menajamkan keris. Ia tidak sesuai jika 100% besi waja digunakan sebagai mata keris. Ini kerana ia rapuh dan mudah patah.
Saturday, February 16, 2008
Senjata Warisan
Posted by Mohd Nasir at 6:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment