Meteor atau pun tahi bintang memang selalu kita dengar sejak zaman persekolahan lagi. Bagi masyarakat eropah pula ada dalam kalangan mereka yang percaya hajat akan dimakbulkan jika memasang niat sewaktu ternampak meteor. Bagi masyarakat Cina batu meteor dikatakan ditakuti oleh hantu dan syaitan.
Bagi kita umat Islam amat jelas dalam Al-quran yang menceritakan tentang batu meteor yang digunakan oleh malaikat untuk merejam jin-jin yang cuba mencuri dengar rahsia-rahsia pengurusan alam pada lapisan langit tertentu.
Penggunanan batu meteor bagi masyarakat nusantara sudah lama, terutamanya dalam proses penempaaan keris di Jawa. Bagi masyarakat jawa keris yang mengandungi meteor adalah antara keris-keris yang berkualiti tinggi dan mahal harganya.
Pada zaman Belanda harga meteor adalah sekali ganda harga emas. Ini kerana untuk memiliki meteor lebih susah daripada mendapatkan emas.
Walau bagaimanapun untuk memproses meteor menjadi produk hiasan adalah rumit. Ini kerana tahap kekerasannya menyukarkan proses pemotongannya. Beberapa proses lain perlu dilakukan untuk menaikkan semula pamor/seri logam yang ada pada meteor selepas dipotong.

Dalam kontek ini, saya merasakan rakyat Malaysia amat bertuah.Walaupun meteor jarang-jarang jatuh di Malaysia kita memiliki Datuk Jaafar Jamaludin yang merupakan pengumpul meteor bertaraf "hardcore". Datuk Jaafar menjejak meteor di seluruh dunia dengan pergi membelinya di serata negara dimana sahaja meteor jatuh dari langit. Wow!
1 comment:
masyaallah... kumpul batu meteor
seluruh dunia.. gigih betul..
Post a Comment