sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, February 15, 2008

Pembekal...

Alhamdulillah dalam kesibukan sebagai guru sekolah pada waktu pagi dan jurulatih silat pada sebelah petang, bekalan senjata warisan untuk dijual tidak pernah surut malah makin bertambah. Beberapa orang sahabat karib saya nampaknya sudah menjadi semakin sibuk demi mendapatkan bekalan untuk saya.

Itulah yang dinamakan persahabatan. Kalau dulu kami berhubung sekali-sekala sahaja, tapi sekarang 5 atau 6 kali berhubung dalam telefon sehari boleh dikatakan sedikit, malah selang 2 atau 3 hari kami mengadakan pertemuan singkat di mana-mana sahaja di Kota Bharu, sama ada di dalam bandar atau pinggir bandar.

Perkembangan ini juga menjadikan tukang-tukang besi lebih bersemangat untuk menyiapkan barangan yang ditempah kerana kami membayar tunai tanpa banyak karenah. Untuk makluman untuk mendapatkan kayu kemuning yang bermutu tinggi amat sulit hari ini.

No comments: