sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, February 15, 2008

Cerita Keris

Pada hari Rabu 13 hb Februari, saya dihidangkan satu cerita benar tetang keunikan dan kehebatan dalam kerisologi oleh En. Marzuki (PKG Badak)kepada saya dan sahabat karib saya Cikgu Rozi. ( Baru berlaku dalam seminggu dua) Cerita ini saya titipkan untuk kita kongsi bersama.
Alkisahnya-
Pada suatu petang selepas solat asar, seorang lelaki yang saya namakan sebagai Pak Mat (tukang urut) telah diberi ilham dengan mendengar suatu suara yang berbisik kepadanya bahawa beliau akan mendapat suatu barang yang amat berharga (barang baik). Syaratnya ialah dengan mengikuti seorang tetamu yang bakal datang ke rumah. Pak mat perlu mengikuti tetamu tersebut ke arah barat ( sebelah matahari jatuh). Pada sebelah malamnya Pak Mat telah dikunjungi oleh seorang guru sekolah (saya namakan guru A) yang mengajaknya ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh.
Pak Mat mengikuti sahaja ajakan Cikgu A kerana yakin dengan ilham yang diterimanya. Sebaik sampai di Wakaf Che Yeh kereta yang dipandu Cikgu A terus sahaja menuju ke arah seorang penjual keris dan berhenti betul-betul dihadapan penjual keris tersebut. Di tepi penjual keris tersebut kelihatan seorang lelaki berjubah dan berserban putih sedang duduk di atas sebuah beg.
Lelaki berjubah putih tersebut telah mengarahkan Paka Mat agar membeli keris daripada penjual keris tersebut. Setelah puas memilih tidak ada satupun keris yang Pak Mat berkenan, ini kerana semua keris yang pilih Pak Mat tidak dipersetujui oleh lelaki berjubah yang sentiasa berbisik di telinga Pak Mat tanpa disedari oleh orang lain.
Akhirnya Pak Mat diarahkan sepaya meminta keris lain yang ada dalam simpanan sipenjual. Lepas satu, satu , keris yang dikeluarkan namun semuanya tidak menepati kehendak Pak Mat.
Akhirnya penjual keris mengatakan tidak ada keris lagi. Tapi lelaki berjubah tersebut meminta Pak Mat berkeras hendakkan keris lain. Akhirnya si penjual telah mengeluarkan sebilah keris yang tidak begitu besar saiznya, tanpa sarung dan masih lagi kotor dan berkarat. Ia tidak berhajat untuk menjualkannya kerana baru sahaja membelinya di Gugusan Felda Chiku Gua Musang daripada seorang budak pencari etok yang mendapati ia tersangkut di dalam raga pengaut etok.
Akhirnya berlakulah urusan jualbeli keris tersebut dengan harga RM250.00. Lelaki berjubah tadi berbisik lagi kepada Pak Mat bahawa mas kahwin keris tersebut ialah 3 buah AlQuran dan perlu diletakkan di mana-mana masjid. Pak Mat menuruti semua kehendak lelaki berjubah tadi.
Tak lama kemudian Cikgu A bertemu kembali dengan Pak Mat dengan membawa 10 kg mangga (buah pauh siam) dalam bag plastik. Pak Mat telah meletakkan keris tersebut di dalam bag mangga tersebut. Malangnya mangga tersebut menjadi terlalu berat sehingga tak mampu di angkat oleh Cikgu A. Cikgu A akhirnya perasan sesuatu dan menyuruh Pak Mat mengambil kembali keris tersebut, barulah bag mangga dapat diangkat.
Selang dua tiga hari Pak Mat berusaha untuk menbersihkan keris aneh tersebut di rumahnya. Berkebetulan Cikgu A telah singgah ke rumah Pak Mat, Cikgu A telah menawarkkan diri untuk membantu Pak Mat mencuci keris tersebut. Ulu keris tersebut yang merupakan ulu jawa demam agak kotor di bahagian matanya. Cikgu A telah berulang kali mengorek dan mncucuk bahagian mata ulu tersebut untuk membersihkannya. Setelah selesai Cikgu A telah pulang ke rumah dan mula menghadapi masalah, mata kanannya mula membengkak sehingga saiz yang tidak munasabah. Ia mula mengesyaki sesuatu yang berkaitan dengan keris tersebut.
Lantaran itu dengan tidak berlengah Cikgu A telah bergegas ke rumah Pak Mat, nasib baik air cucian keris tadi belum dibuang. Cikgu A telah menyapu-nyapukan air tadi ke bahagian yang bengkak. Ajaibnya bengkak tersebut hilang serta merta , seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Itulah secebis kisah benar tentang keunikan keris. Lahaulawalaquwatailla billahilaliyilaziim. Wallahualam

No comments: