sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, February 07, 2008

Rombongan Persahabatan Menjejak Pandai Keris.......

Bersembang sambil menjamu selera dengan keris,
badik dan cincin di rumah Cikgu Arjunaidi





Wajah Pandai Besi/Pendekar Silat Jatuh Kelantan ( En.Rashid)






Aktiviti menyarung keris
Demonstrasi menggunakan pelarik yang berenjinkan tiub sejengkal ciptaan Melayu

Pandai Besi yang mendapat pengiktirafan dari Pusat Kraftangan Negara ( PakLah), Dari kiri Saya, En.Mat Nor UPSI, Cikgu Zul, Cikgu Arjunaidi Cikgu Li, Anak PakLah dan Pak Lah (duduk)


Tanggal 7 hb Februari 2008 bersamaan dengan hari Khamis. Tepat jam 9.00 pagi saya dan perantis saya Nazmi terpacak di hadapan Balai Polis Daerah Pasir Mas. Tujuan hanya satu untuk membantu En.Mat Nor dari UPSI bagi membuat rangka kerja/perancangan awal kajian dan penyelidikan.


Setelah semua berkumpul saya ,Cikgu Zul,Nazmi dan rombongan En.Mat Nor bertolak untuk sarapan "besi" di rumah sahabat saya Cikgu Arjunaidi di Kubang Bemban. Cikgu Junaidi adalah sahabat karib saya sejak 20 tahun lepas. Selepas sarapan "besi" kami mula berangkat ke bengkel pandai besi yang pertama di Kg Perangkap Pasir Mas. Bengkel milik En.Rashid ini bersebelahan dengan bengkel sarung.


Kemudian kami berangkat pula ke bengkel Pak Lah di Kg.Manan. Pak Lah mendapat pengiktirafan "pandai Besi" daripada Kraftangan Malaysia atas usaha gigih dan kerajinannya yang tidak mengenal erti jemu menggodam besi. Nampaknya Paklah tak berapa sihat kerana urat tangannya baru sahaja terputus akibat terkena mesin.

*Saya rasa sahabat saya di Singapura tentu cemburu melihat foto-foto ini.


( Banyak lagi foto-foto yang akan saya pastekan dlm fotopic nanti)

2 comments:

Son of adam said...

Saya mencari tukang besi yang boleh membuat plug penis daripada besi keluli atau perak untuk kegunaan eksesori peribadi di Malaysia. Kalau tidak keberatan.

abulhakim said...

Salam kpd semua pembaca.
Elok kita belajar sekali dengan ilmu TAUHID. Sifat 20 dan kalimah NAFI ISBAT. Amat ringkas, mudah difahami dan menarik di

http://www.siapaallah.blogspot.com

diwar-warkan sebagai satu bentuk dakwah.

dpd. Cikgu abuhakim.