sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, February 04, 2008

Pat Pat Siku Lipat....

Pantun 2 kerat Melayu, pat pat siku lipat ,siapa cepat dia dapat. Itulah perumpaman yang boleh saya berikan. Apabila ada sesutatu produk baru dimasukkan dalam blog.

Walau bagaimanapun dalam bisnes tidak semuanya indah, ada juga sahabat yang terus membuat booking apabila sesuatu produk keluar dalam blog, malangnya mereka menyepikan diri. Ini yang membuatkan saya serba salah. Hendak jual orang dah booking, tapi sampai bila nak tunggu. Sebaik sahaja sahabat booking saya akan menandakan produk tersebut dengan "SOLD OUT". Sebaik sahaja perkataan sold out dipaparkan saya tidak akan menjual lagi barangan tersebut melalui blog, ini untuk mengelakkan pelanggan daripada keliru. Sahabat semua mesti faham keris-keris antik hanya ada satu sahaja, berbeza dengan keris gelanggang yang dibuat serupa dan sama designnya.

Setakat ini saya tidak bercadang untuk mengenakan deposit apabila booking dibuat. Saya percaya pelanggan saya mempunyai masalah mereka yang tersendiri apabila menyepikan diri.
Setakat ini saya mengambil langkah mendiamkan diri kerana segan untuk menelefon bertanya khabar. Bukan senang-nak senang.

No comments: