Keris mempunyai pelbagai saiz, kecil besar, panjang,pendek, mata lebar dan sebagainya. Mengapakah terdapat saiz-saiz yang berbeza ini. Sebenarnya kebanyakan keris dibuat oleh tukang mengikut tempahan pelanggan. Pelanggan pula menempah keris berdasarkan ukuran dan sukatan yang dirasakan sesuai dengan diri mereka. Di samping itu ia juga disesuaikan dengan bilangan lok iaitu 1, 3,5,7,9,11 dan dalam bilangan ganjil seterusnya.
Jika kita membeli keris antik kita boleh membuat agakan saiz pemilik asal keris tersebut. Jika kerisnya besar dan panjang maka tentulah tuannya tinggi dan berbadan besar.
Ada juga keris-keris kecil yang dihasilkan untuk kaum perempuan. Walau bagaimanapun tidak semua keris dihasilkan mengikut sukatan badan. Kadangkala pandai besi menghasilkan keris dalam kuantiti yang banyak mengikut selera dan kepuasan seninya sendiri.
Friday, February 29, 2008
Keris dan saiz
Posted by Mohd Nasir at 3:38 PM 0 comments
Membelek keris.......
Semakin lama berkecimpung dalam ilmu perkerisan sama ada sebagai pesilat dan peniaga keris, semakin ramai orang yang saya temui dengan pelbagai karenah. Sebagai Melayu memang tidak dapat dinafikan bahawa secara sedar atau tidak hampir semuanya meminati keris cuma kurang pendedahan, ilmu dan wang sahaja.
Sebagai orang silat yang agak lama dengan keris saya cukup teliti bila melihat orang memegang keris. Ini kerana sebaik mereka berdepan dengan keris kita boleh menilai sejauh mana ilmu mereka dalam bidang perkerisan. Bermula dengan memegang, mencabut dan menghunus, semuanya sudah memperlihatkan siapakah diri anda yang sebenarnya.
Bagi yang baru, saya nasihatkan agar tidak mencium bilah keris bukan milik kita. Ini kerana dikhuatiri "arsenik" yang digunakan untuk mencuci keris ditambah asap kemenyan akan meracun kita walaupun baunya wangi.
Posted by Mohd Nasir at 1:35 AM 0 comments
Thursday, February 28, 2008
Tasbih Teras Gemunggal/kilo Pulau Redang RM300.00
Posted by Mohd Nasir at 4:31 PM 1 comments
Ketandusan jurulatih.....
Saban hari saya dihubungi oleh pihak sekolah di PPD Kota Bharu dan PPD Bachok meminta jurulatih silat . Malangnya tidak semua permintaan dapat dipenuhi, ini kerana masa dan hari latihan yang bertindan di sekolah-sekolah berkenaan.
Senario inilah yang berlaku setiap tahun. Biasanya pembantu-pembantu jurulatih terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan sekolah yang sedang menunggu keputusan SPM dan STPM, antara masalah yang dihadapi mereka ialah masalah penggankutan.
Bagi jurulatih-jurulatih senior pula ramai yang dah jual mahal. Mungkin kerana kesibukan kerja dan faktor keluarga maka mereka menolak untuk menjadi jurulatih di sekolah-sekolah. Saya sendiri dah 6 kali seminggu mengajar silat, tak ada ruang lagi untuk diisi. Kesian kepada anak-anak yang ingin belajar.
Posted by Mohd Nasir at 4:06 PM 0 comments
Pandai Saras Pamor Antik Lok 7 ( RM2200.00) SOLD OUT
Panjang keseluruhan 22 inci
Mata 15 inci + 2 inci
Ulu dan sampir kemuning, batang serunai sena
Posted by Mohd Nasir at 6:59 AM 0 comments
Wednesday, February 27, 2008
Ikut hati mati...
Ikutlah kata hati untuk mematikan diri kita sebelum kita mati dan ditimbus di dalam kubur. Qalbu mukminiin baitillah.
Bersihkan hati dan latihlah diri untuk percaya kepada gerak hati kita. Nescaya anda akan rasa kagum dan tak percaya dengan kebolehan yang ada pada diri sendiri yang selama ini diabaikan.
Posted by Mohd Nasir at 7:28 AM 2 comments
Menilai keris
Setelah berkecimpung dengan serius dalam bidang senjata warisan terutamanya keris, saya telah cuba sedaya upaya untuk mengenali dan membuat satu skema untuk menilai kualiti senjata yang akan dibeli atau dimiliki. Petua-petua ini (skema) ini saya perolehi hasil daripada bertanya dengan senior-senior dalam bidang ini. Antaranya ialah :
Bunyi:
Bunyi nyaring ( desingan/berdesing) apabila dikeluarkan dari sarung. Keris jenis ini menunjukkan ketumpatan/kepadatan bilah keris. Ia juga mengeluarkan bunyi yang nyaring apabila dijentik.
Adunan yang tidak tiris ( bocor):
Bagi keris/pisau yang di masukkan besi waja , kualiti waja yang sekata dan tidak putus di mana-mana bahagian mata amat perlu diperhatikan. Tukang-tukang yang kurang mahir biasanya gagal menjaga standard kualiti ini.
Pamor :
Pamor yang terbaik ialah pamor asli yang keluar dari besi. Walau bagaimanapun pamor buatan juga berkualiti tinggi jika dirancang dengan baik dan menjadi. Misalnya tapak gajah pada pangkal keris. Ia biasanya merupakan pamor buatan yang dirancang.
Aura:
Bagi keris yang ada isi/hidup ia mempunyai aura yang tersendiri. Aura ini boleh dirasa dengan meletakkanya rapat pada kulit kita yang sensitif seperti di tepi telinga dan sebagainya. Ia biasanya mengeluarkan satu bentuk haba yang boleh dirasai.
Sarung:
Sarung yang cantik dan berkualiti juga mempengaruhi nilai sesuatu keris. Pemilihan kayu yang baik dan teliti perlu diambil kira. Sarung yang baik ialah apabila tukang sarung memilih urat kayu yang serasi antara ulu dan sampir. Biasanya corak pada hulu dan sampir ada kesinambungan. Usia kayu juga memainkan peranan yang penting. Ukiran pada sarung atau hulu juga menambahkan lagi nilai seni sesebilah keris.
to be continued.....
Posted by Mohd Nasir at 7:04 AM 2 comments
Petua menjaga ketajaman pisau melapah
Pisau melapah jangan sekali-kali diberi kepada kaum perempuan untuk memotong bawang di dapur. Ini kerana air bawang boleh menumpulkan mata pisau. Itulah yang selalu dipesan oleh orang-orang tua untuk menjaga ketajaman pisau melapah.
Posted by Mohd Nasir at 7:00 AM 0 comments
Melela Lok 3 RM500.00 ( baru )
Panjang keseluruhan 13 inci
Mata 10 inci + ulu 3 inci
Posted by Mohd Nasir at 4:50 AM 4 comments
Tuesday, February 26, 2008
Tip menjadikan pedang tidak berkarat.
Saya mempunyai sebilah pedang yang telah diasah pada tahun 2000 lagi. anehnya pedang tersebut sentiasa berkilat seperti baru diasah. Petuanya mudah sahaja.... tetapi anak murid perlu bagi pengeras buah anggur 3 kg dan buah berangan 5 kg. Boleh kirim melalui pos express.
Gurau aje, caranya senang sahaja asah dan cuci mata pedang sehingga betul-betul puas hati dan akhir sekali gunakan spray clear. Gerenti 10 tahun tak berkarat. Selamat mencuba. (Awas jangan cuba pada keris).
Posted by Mohd Nasir at 6:33 AM 2 comments
Perbezaan Keris TokChu dan Pandai Saras
Peminat keris dan pengumpul keris yang baru seperti saya seringkali keliru apabila disogokkan dengan perkataan keris Tok Chu. Ini berlaku kerana keris Tok Chu jika dilihat sekali imbas designnya adalah sama dengan keris-keris hasil kerjatangan Pandai Saras.
Untuk makluman , tukang Pandai Saras adalah tukang besi yang berasal dari Jawa kemudian menetap di Patani. Manakala Tok Chu pula ialah tukang keris asli warga Kelantan yang menjadi tukang keris istana Kelantan. Mereka dikatakan hidup pada zaman yang sama.
Setelah bertanya, merujuk, berbincang dan bersembang dengan bebrapa ulama keris dari Kelantan kesimpulan yang dapat saya buat untuk membezakan keris Tok Chu dgn Pandai saras ialah pada belalainya. Keris tokChu sebenarnya tidak memiliki belalai gajah.
Posted by Mohd Nasir at 6:21 AM 0 comments
Cara mencuci keris....( memenuhi permintaan sahabat)
Terdapat pelbagai cara mencuci keris dan senjata di alam Melayu, bagi masyarakat Melayu Kelantan ia dikenali sebagai bacan. Terdapat beberapa langkah untuk mencuci senjata , antaranya ialah :
- Membuang karat pada bilah, jika karata hanya nipis dan biasa cukuplah hanya dengan mengosokkan dengan limau sahaja. Tetapi jika karat adalah tebal dan sudah lama maka ia perlulah direndamkan ke dalam air yang mengandungi air asam (asid). Sebaik-baiknya gunakanlah air kulit nenas, air kelapa dan yang paling mudah ialah menggunakan cuka makan.
- Bilah senjata tadi perlu direndam kedalam air asam tadi, biasanya lebih kurang 6 jam. Jika karat adalah terlalu tebal maka perlulah direndam lagi. (perlu waspada jangan merendam terlalu lama takut hanya tinggal tulang tengah sahaja). Sebaik-baiknya kaedah merendam adalah secara menidurkan keris bukan dengan cara keris berdiri.
- Kemudian bersihkan bilah keris dengan air biasa, diikuti dengan cucian limau nipis yang dibelah empat dan telah dibunag empulurnya. Cuci sehingga 5 hingga 15 minit. cucilah sehingga naik pamornya. to be continued.....
Posted by Mohd Nasir at 6:07 AM 1 comments
Monday, February 25, 2008
Jenis besi untuk keris...
Terdapat pelbagai jenis besi yang digunakan oleh tukang untuk membuat keris. Besi-besi ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah :
1. Besi baru
2. Besi lama
Besi-besi baru pun kadangkala ada pamornya, seperti sesetengah besi paku keretapi. Manakala besi yang menjadi buruan ialah besi-besi lama seperti paku-paku jambatan lama, besi rantai sauh kapal yang lama, besi beliung lama.
Mengapa besi lama menjadi buruan dan berkualaiti tinggi? Ini kerana pada masa dahulu, proses mengasingkan besi tidak semoden hari ini. Dalam sesuatu besi masih terdapat kandungan logam-logam lain. Pendek kata terdapat campuran pelbagai logam lain dalam sesuatu bilah besi. Kandungan inilah yang menjadikan pamor keris amat cantik, bergemerlapanan bersinar-sinar.
Posted by Mohd Nasir at 8:07 AM 0 comments
Keris Tulang Mawas.
Untuk makluman besi tulang mawas dalam saiz yang besar pernah saya tengok sekali sahaja di Muzium negara dalam tahun 1990. Terdapat 2 batang yang menyerupai tulang lengan manusia. Warnanya tidak ubah seperti besi hitam keperangan .
Keris-keris yang dimasukkan tulang mawas tiada bezanya dengan rupa dan warna keris-keris lain. Cuma ia mengandungi racun di dalamnya. Tukang amat berhati-hati apabila menempa keris yang ingin dimasukkan tulang mawas ini kerana ia akan menjadikan tukang pening,loya dan jatuh sakit. Wallahualam.
Posted by Mohd Nasir at 8:00 AM 2 comments
Cara-cara mengasah Pisau
Atas permintaan sahabat-sahabat maka saya turunkan beberapa petua mengasah pisau yang paling mudah :
1. Pilihlah permukaan batu asah bahagian yang halus untuk mengasah
2. Mengasah dalam keadaan sehala. Jika mata ditolak ke hadapan, angkat kemudian tolak lagi. Jangan ditolak dlm keadaan berlawanan dengan tidak mengangkat mata.
3. Mata pisau dalam keadaan serata yang boleh dengan batu.
4. Ketajaman mata pisau boleh diukur dengan memotong bulu betis atau bulu lengan.
5. Kita juga boleh mengasah dengan cara tidak menggerakkan pisau sebaliknya hanya menggerakkan batu. Pegang pisau dan gosok bahagian mata dgn batu asah dalam keadaan rata pada kedua-dua belah mata pisau.
Posted by Mohd Nasir at 7:53 AM 2 comments
Saturday, February 23, 2008
Kurang ilmu....
Maaf dipinta banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang emailnya lewat dibalas, jika dibalaspun jawapannya kekadang tidak dapat memuaskan hati. Ada beberapa pertanyaan dan soalan gagal saya jawab. Ini berlaku kerana kekurangan ilmu.
InsyaAllah saya akan cuba mendapatkan maklumat yang sahih daripada beberapa tokoh perkerisan agar tidak timbul kecelaruan dalam memberi jawapan. Terima kasih atas pertanyaan, ini dapat menyedarkan saya bahawa proses belajar perlu dilipatgandakan lagi.
Terima kasih semua.
Posted by Mohd Nasir at 9:20 AM 0 comments
Badik Rencong Hulu Kepala Gajah RM2500.00
Panjang keseluruhan 18 inci
Mata 12 inci + ulu 6 inci
Sarung Kayu Kemuning + kayu krismas
***** Sangat berkualiti dari sudut ukiran dan pamor
Posted by Mohd Nasir at 4:16 AM 0 comments
Friday, February 22, 2008
Pandai Saras pendekar ( milik peribadi not for sale )
Pandai Saras Milik Peribadi
Sangat disayangi kerana serasi dengan saya
Senang dipegang , saiz yang sesuai untuk dibawa bertarung
Hulu dan kampir Kemuning plot yang cukup usia, batang serunai kayu halban sesuai sebagai penangkis semasa bertarung kerana kekerasan dan tahan lasak.
Posted by Mohd Nasir at 10:07 PM 0 comments
Keris Kecil Molek RM150.00 ( SOLD OUT)
Posted by Mohd Nasir at 9:47 PM 0 comments
Tempahan Khas Untuk Sahabat ( Cikgu Ishak Awang Kechik PPD Kota Bharu)
Alhamdulillah, akhirnya siap juga keris mentor saya dalam Majlis Silat JPN Kelantan, Tuan Hj Ishak bin Awang Kechik. Walaupun masa yang diambil untuk menyiapkan tempahan agak lama iaitu 6 bulan tetapi hasilnya amat berbaloi. Saya sebenarnya hampir berputus asa kerana tukang tidak berapa melayan tuntutan saya untuk menyiapkan keris ini dalam masa yang singkat.
Posted by Mohd Nasir at 7:52 PM 0 comments
Tempahan Pedang,Shahril Nizam dari Sabah...
Setelah keris, pedang Melayu dan pedang Belanda telah menjadi milik sahabat saya di Sabah, nampaknya kini beliau menempah lagi 3 bilah pedang mengikut selera dan ukuran sendiri. Walaupun lewat dan lambat sahabat saya ini sabar menanti. Ini kerana tukang pedang sudah tua dan selalu uzur. Kalau dulu ia mampu menyiapkan 2 hingga 3 bilah pedang sehari, kini sebilah pedang pun memakan masa seminggu, ini termasuklah menjahit sarung kulitnya sekali.
Kadang-kadang hasilnya sudah tidak begitu bagus, maklumlah kudrat sudah kurang dan matapun sudah kabur. Tetapi atas desakan dan kesian melihat penempah ( buat muka sedih ) maka digagahkan juga untuk meyiapkannya.
Posted by Mohd Nasir at 1:57 AM 1 comments
Kursus Pembuatan Cincin Perak lagi....
Alhamdulillah, respon terhadap projek kursus cincin perak amat menggalakkan. Saban hari saya menerima e-mail, telefon dan sms dari sahabat di seluruh negara termasuk singapura. Setakat ini yuran dikenakan untuk kursus selama 2 hari ialah sebanyak RM600.00. Sebentuk cincin perak dan sebutir permata diberi percuma sebagai tanda mata menyertai kursus.
Setakat ini Sifu Juki nampaknya tidak menang tangan untuk menurunkan ilmunya kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik mudah/moden untuk membuat cincin perak tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Kepada sahabat yang berminat bolehlah membuat rundingan dengan saya untuk menetapkan tarikh kursus dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Tel : 0135292452
* Cincin pertama yang sahabat hasilkan semasa kursus akan menjadi hasil kerja tangan yang paling berharga
Posted by Mohd Nasir at 12:37 AM 4 comments