Tahun baru.... azam baru... baju baru.. baru..baru.baru... Itulah hakikat benda baru, sentiasa berubah dari tiada kepada ada, kemudian tiada. Dalam usaha meneruskan warisan bangsa yang semakin terhakis kini, kitalah yang sepatutnya selangkah ke depan menabur keringat dan bakti membantu generasi muda dalam meneguhkan haluan hidup mereka.
Percayalah hanya ilmu Islam dan warisan Melayu mampu membimbing generasi muda kita ke jalan yang di redhai Allah. Sehubungan itu ajarkan kepada mereka tentang akar budaya bangsa, ajarkan mereka dengan gaya pendekar, lagak panglima serta zuhud seorang aulia. Lengkapkan pencarian mereka dengan tasauf dan firasat. Bidangkan dada mereka dengan bergelanggang. Lembutkan santun mereka dengan bertari silat. Sisipkan dipinggang mereka dengan sebilah keris dan hidupkan jiwa mereka dengan dua kalimah shahadah.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU. ( Shahir tolong ulas sikit )
Thursday, January 03, 2008
Tahun Baru.......
Posted by Mohd Nasir at 4:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sebak saya membaca perenggan kedua cikgu tu. betapa susahnya nak membentuk generasi sekarang yang alpa, melebihkan hiburan, merosakkan anak dara org, derhaka kpd kedua Ibubapa dan lupa kepada ajaran Nabi Muhammad SAW.
Pangkalnya sebenarnya adalah pada akar, 3 perkara sahaja, ayat pembukaan Al Quran yakni Al Fatihah, 3 perkara ini juga ditanya Jibrail sewaktu kali pertama berjumpa Nabi, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani, Segala Puji pujian kepada tuhan Pengatur ( Rob ) semesta alam. Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Raja ( Malik ) kepada Hari Pembalasan ( Middin ). Engkau yg kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan ( Naq budu ). Tunjukilah kami jalan yang lurus. Yaitu jalan yang engkau redhoi dan bukan jalan orang yang sesat.
Robnya Allah kerana menurunkan Al hukum atau undang2 ( rububiyah) kepada manusia. untuk dilaksanakan di kerajaan ( Mulkiah) bumi ini. Undang2 yang pernah dijalankan pada zaman kegemilangan kerajaan Melaka dahulu, undang2 Islam. Umat / rakyat (Naqbudu / ubudiyah) yang sujud kepada Allah dan melaksanakan aturannya / al hukum mengikut kehendak Allah spt yang ditunjuki oleh Nabi Muhammad SAW.
Adapun situasi sekarang adalah jauh panggang (manusia) dari api (ilmu), maka tak masak2 lah apa yang dipanggang, maka makanlah ia makanan yang mentah2. Akibatnya sakit perut. Rosaklah rohani rosaklah jasmani.
Ilmu Islam dan warisan Melayu mampu membimbing generasi muda kita ke jalan yang diredhoi Allah. Bukan ilmu dan falsafah2 serta gaya hidup Barat, yang membenarkan perkara yang diharam dan mengharamkan perkara yang dihalalkan.
Dulu orang Melayu tuturnya sopan, lakunya beradab, kerasnya bersebab, muafakat dan cintakan Ilmu. Mana pergi semua ini? Hilang selepas dijajah barat...
Yang menjaga tentang falsafah akar budaya bangsa ini adalah 'orang tua tua' yang masak ilmunya, sudah tua dalam berilmu, mereka yang digelar orang silat! Mereka membawa disiplin ilmu warisan Melayu, disiplin yang mengangkat tanah tumpah darah ini ke puncak kegemilangannya, hingga berebut kuasa barat mengidamkan kekayaan yang nampak didepan mata. hingga keluar peribahasa barat yang mengatakan barangsiapa yang ingin mencekik Venice haruslah menawan Melaka. kerana apa? kerana kekayaan bumi Melaka, bumbung Istana pun emas!!!
Apa yang menyebabkan Melayu pernah maju suatu ketika dahulu? Maju dalam erti kata sebenar yaitu Moden, Madani, Madinah dan Middin. Fahamkan kaitannya perkataan di atas. Allah telah berfirman, renungkan Al Fatihah, sekiranya kamu melaksanakan AturanKu, yakni Al-Quran, maka akan datanglah kemakmuran, kekayaan, keamanan kepada kerajaanmu kerana sifat maha Pemurah dan Maha Pengasihani Allah. Sekiranya engkau tunduk (sembah) kepada Ku, nescaya akan Ku turunkan pertolongan kepada mu atas jalan yang tidak akan kamu sangka!
Kerana beracuankan Al-Quran dengan mencontohi teladan/tunjuk ajar Nabi Muhammad SAW, Melayu dahulu gemilang, cemerlang dan terbilang. Ulamak dan umarak (Raja) adalah saling memerlukan. Tapi sayang sejarah sudah dipadamkan....sayang selasih kerana kasih hamba turutkan. Buang emak buang saudara! Buang adat bersendikan syarak, buang Raja penaung Kerajaan, Buang Ulamak penerang Agama, Buang Undang2 pembela rakyat. Maka tinggallah melayu dengan sependernya sahaja..!
Kerana meninggalkan Al-Quran sebagai Undang2 / cahaya kepada Umat, maka bergelaplah kita, mana pergi Rahman sesama kita, kita menjadi bakhil, menjadi miskin, ditindas2 oleh yahudi dan nasrani. mana pergi Rahim.... sesama kita bermusuhan, berdengki khianat, perang saudara, tidak sehaluan, sana sesat sini sesat, tiada yang betul, bukankah Allah berfirman sekiranya berselisih perkara maka rujuklah /kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah (teladan/tunjuk ajar) Rasul. Kerana umat /rakyat/Raja (pemerintah) meninggalkan Al-Quran, hilang taring Mulkiah (kerajaan) Melayu (spesifik). Sana sini kerajaan yang rakyat majoriti beragama Islam ditindas, dibunuh, dirogol dan dinafikan haknya (Umum).
Pattani dipijak, Moro Filipina diperangi, Aceh darurat, Melayu Temasik menjadi anak tiri di tanah sendiri, Malaysia? penuh dengan bermacam masalah ahlak /jatidiri, zina sana zina sini, mabuk sana mabuk sini, judi sana toto sini, peniaga mencekik darah dan sbgnya.
Juak2, Pendekar, Hulubalang, Panglima dan Laksamana, semua bertari silat untuk menjaga keamanan negara. mempertahankan maruah Agama (Islam), bangsa dan Negara. Diri diisi dengan latihan silat, berpeluh digelanggang pendekar, jiwa diisi dengan kalimah Allah, bila hati cintakan Allah dan rasul, maka mati bukanlah penghalang lagi, keris tersisip di pinggang terhunus utk mempertahankan maruah Agama...
Dari lemah lembut bertukar menjadi perkasa, langkah dibuka dengan lagak tari pendekar, setiap detik hanya Allah, tiada gentar kepada segala mahkluk kerana sedar semuanya adalah 'cerita' dari yang Satu, Allah belaka.
Maka dibiarkanlah diri hanyut dalam asma Mu ya Allah, masa terhenti, cahaya lebur di dalam cahaya. Nyawa dan jasad terpisah dan hilanglah ia dari pandangan. Biar putih tulang, jangan putih mata. kerana itu biar mati anak jangan mati adat. Kerana adat bukan sebarang adat, adat Laksamana, Agama dijunjung dan adat dikelek /dipertahankan. Yang gugur bersambut yang patahkan berganti.
Kerana ini janji Allah dan tiada sekali2 Allah memungkiri janji.
Adat bergelanggang menjaga kampung, adat zuhud menjaga diri, adab dengan tuhan menjalankan perintahnya, mencari tuhan dengan jalan tasauf, dan memilih hari yang baik2 utk melangkah. Bila jiwa dihidupkan dengan dua kalimah shahadah, amanlah ia, kemana kaki melangkah adalah gerak dari Allah SWT jua.
Junjunglah warisanmu wahai Melayu, letakkan kembali Al-quran ditempat yang sepatutnya, hidupkanlah jiwa mu yang kosong dengan memahami Al-Quran, pertahankan Agamamu, dirimu, keluargamu, Negaramu dengan Silat, ambillah semula budaya Melayu yang beragama agar hidup jiwamu wahai bangsa. Sekurang kurangnya bimbinglah keluargamu, kelak berbakti kepada tuhanmu, bangsamu dan negaramu. sekian, wassalam.
sambungan...
3 perkara Asas ini juga merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW. Al-Alaq . Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha pengasihani. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia daripada segumpal darah. Dan bacalah, Tuhanmu itu pemurah. Yang Mengajari manusia dengan perantaraan Qalam.
Allah mengutuskan Jibrail untuk 'membuka mata' Nabi dengan melihat kepada tiga perkara. Perkara pertama adalah penciptaan manusia, adakah manusia yang sudah Islam pada zaman Nabi Ibrahim masih memegang utuh syariat yang di bawa Nabi Allah Ibrahim A.S. Tidak! jawapannya tidak! sana sini berhala, masalah kejiwaan /ahlak ada dimana2, arak, judi, zina, pembunuhan anak perempuan dan byk lagi. Ajaran Nabi Ibrahim hanya tinggal pada 'Nama' sahaja dengan Kaabah sebagai simbol 'kesejahteraan' pernah menyinari bumi Makkah suatu masa dahulu.
Kemudian Jibrail menanyakan tentang segumpal darah, asal segumpal darah daripada mana? pecahannya daripada air mani - dari darah - dari zat makanan - dari makanan - dari tanah - dari bumi. Maka bagaimana keadaan di bumimu ya 'Muhammad?'. Bumimu huru hara, riba berleluasa, halal haram bercampur baur, penguasa (Raja) tamak haloba, orang miskin menjadi sahaya, ditindas dan byk lagi.
Sekarang lihat pula Undang2 / Al hukum di bumimu, adakah mengikut syariat Allah? (ayat mengajari manusia dengan perantaraan Qalam) Allah mengajar manusia, mendidik dan mengaturkan segala keperluan dan 'manual' pembaikan manusia di dalam Al-Quran. Adakah undang2 'itu' dijalankan? atau undang2 ciptaan manusia yang jahil aka bila dah ramai dijamakkan menjadi Jahiliah. Maka sekarang renung pula penutup Al-Quran, An-NAs.. masih menceritakan 3 perkara ini. Depan, tengah dan belakang kitab semua perkara yang sama! Renungkan... jangan biarkan diri anda diselubungi dengan misteri.
Lahaulawala kuwata illah billah...
Terima kasih
Post a Comment