sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, January 15, 2008

Zamrud

Kepada sahabat-sahabat yang berminat dengan batu zamrud harap bersabar. Sebenarnya saya amat kesuntukan masa dalam sehari dua ini. Masa untuk mengambil stok amat terbatas sehingga terpaksa meminta bantuan kawan-kawan untuk pergi mengambil stok. InsyaAllah jika tidak ada aral esok atau lusa akan sampai beberapa bentuk cincin untuk santapan mata sahabat semua.

Untuk makluman harga batu permata naik mendadak sempena tahun baru, jika disember tahun lepas saya membeli greeen tourmaline pada harga RM40/ct semalam harganya melambung kepada RM50/ct.

Mencari sebentuk cincin zamrud batu jantan ( cobochon) pada harga mampu milik dengan saiz yang sesuai dan menonjol amat memenatkan pada tahun ini. Terdapat tiga empat orang sahabat yang meminta bantuan saya untuk memiliki cincin zamrud untuk tempoh terdekat, malangnya saya masih gagal untuk mendapatkannya . Ini kerana bukan tidak ada batu zamrud langsung, ada, tapi harganya amat tidak patut. Bayangkan cincin yang sama pada tahun lepas berharga RM2500.00 kini sudah bertukar tanda harga kepada RM3800.00.

No comments: