sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, January 09, 2008

Keris Singa Beradu Timah Hitam ( Not for sale )




Keris ini panjang keseluruhannya ialah 12 inci. Usia keris ini dikatakan melebihi 100 tahun.
Ia baru sahaja menjadi ahli kerabat keris saya. Diperbuat daripada 100 % timah hitam. Bagi sebahagian masyarakat yang terllibat dalam dunia perbomohan dan perdukunan timah hitam mempunyai nilai yang tinggi kerana mempunyai kelebihan tersendiri. Pada suatu masa dahulu pohon pitis ( pitis kepen/bulat) seperti logo BSN juga diperbuat daripada timah hitam.
Bagi masyarakat awam hari ini, untuk memperolehi timah hitam agak sukar, kecuali orang-orang tertentu sahaja. Asalnya keris ini milik anak seorang sahabat baik rakan sekerja saya di sekolah. Memandangkan minat saya yang mendalam terhadap keris maka dia sudi memaharkan keris ini pada saya. Walau bagaimanapun dia menasihatkan saya agar menyimpan keris ini kerana amat sukar untuk menemui timah hitam sebesar saiz keris ini dalam simpanan seseorang.
Uniknya keris ini ialah kerana amat jarang ganja keris dibentuk gambaran singa yang sedang berehat. Sahabat-sahabat saya di Singapura tentu amat cemburu kerana "Keris Singa-pura" sekarang menjadi milik Cikgu Nasir. ( gurauan untuk Tg.Rizan)

3 comments:

Anonymous said...

Tidak mengapalah Cikgu. Saya amat bahagia Cikgu juga sayangkan Singapura =)

Cukuplah saya ini juga sebagai salah seorang daripada keturunan Tok Singapura. Sekiranya Cikgu datang ke Singapura akan saya memperlihatkan Cikgu akan "Batu Singa" pusaka berdaulat turun temurun milik Seri Paduka. Insya'allah *smile*

Anonymous said...

InsyaAllah satu hari saya akan sampai juga ke singapura. Saya akan berehat di Cherating bersama keluarga selama 2 hari.

Hulubalang said...

em rupanya seperti keris yg dijumpai di jepun oleh ahli arkeologi di sana