Setelah hampir 2 bulan berlalu, rancangan untuk mengadakan kursus pembuatan cincin perak gagal dilaksanakan kerana tak cukup penyertaan. Walau bagaimanapun hanya dengan satu panggilan telefon daripada Tuan Hj.Sumari segala-galanya berubah.
Kelantan yang terkenal dengan kehebatan seni pertukangan perak adalah tempat yang paling sesuai untuk menimba ilmu. Realiti masa kini upah menyiapkan sebentuk cincin perak di negeri-negeri lain mungkin 2 hingga 3 kali ganda harganya, ini belum lagi dinilai dari sudut kualitinya.
Kursus pembuatan cincin perak yang dikendalikan oleh Cikgu Zuki merupakan satu kursus istimewa yang hanya menggunakan peralatan moden yang amat minima.
Pada cuti Sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba, Hj Sumari dan rombongannya dari Singapura akan bertandang ke Kelantan untuk mengikti kursus tersebut. Diharap persahabatan yang terjalin akan melampau batas sempadan.
Sunday, January 27, 2008
Kursus Pembuatan Cincin Perak,
Posted by Mohd Nasir at 12:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam cikgu, bila terbaca posting cikgu yang ini, terdetik dihati mahu tahu, dimanakah tempat kursus pembuatan cincin perak ini? kalau ada rezeki, mahu juga untuk menimba ilmu. terima kasih.
slm,,,,ambo nk blajar buat cincin,,,ado kedai usaha arwah ayoh,,,loni mok nga ambo jago,,,blaja doh beki bare ckit2,,,klemahan,,,tgn gigil n tgn xdop seni,,,,,nk blaja wak cincin nk tmbah pndapatan n sene xyoh g ata tukang,,,,klu ado kursus gapo2 oyak ko ambo,,,,,
Assalamualaikum tuan, masih ada ke kelas pertukangan ini, kalau ada boleh bagi detail, whatapps saya 0125464842
Post a Comment