Dalam perjalanan menuju puncak, kita seringkali dihadapkan dengan situasi untuk membuat pilihan. Dalam situasi ini beberapa faktor perlu diambil kira sebelum menbuat keputusan muktamad. Antara faktor-faktor itu ialah tanya rakan-rakan, hati, akal dan juga Tuhan. Tidak selalunya keputusan yang kita buat adalah tepat dan betul. Apabila keadaan ini berlaku maka sebagai insan yang hina,daif fakir dan lemah sewajarnya kita mengambil langkah baru sama ada memohon maaf jika berkaitan dengan manusia lain, bertaubat dengan Tuhan jika melakukan dosa.
Sehubungan itu jangan sesekali kita mendiamkan diri dan bertukar menjadi pasif kerana kesalahan yang kita lakukan. Anggaplah ia sebagai satu ujian ke atas diri kita . Anggaplah Tuhan sayangkan kita kerana Dia sudi menguji kita dan tidak membiarkan kita hanyut dan syok sendiri sahaja.
Wednesday, January 30, 2008
Membuat keputusan......
Posted by Mohd Nasir at 12:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment