sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, January 18, 2008

Sarung Berkualiti....peritnya

Untuk mendapatkan sarung keris/badik/golok yang berkualiti amat memeritkan. Jika tidak sabar mahu rasanya buat sarung dengan kertas kadbod atau balut dengan kertas surat khabar lama sahaja. Ini kerana kerja membuat sarung merupakan kerja seni yang tidak boleh dipaksa-paksa atau digesa.

Sebagai peniaga yang berada di tengah-tengah antara penempah dan tukang, saya sentiasa berada dalam dilema. Penempah sarung inginkan hasil yang berkualiti, cepat dan murah. Sebaliknya tukang sarung akan bekerja apabila moodnya baik, kemudian mengikut giliran serta menghadapi masalah mencari kayu-kayu berkualiti dan tidak tergesa-gesa.

Pengalaman saya untuk dikongsi bersama pada posting kali ini ialah kisah saya pada hari ini jumaat 18/01/2008. Selepas solat jumaat saya ke rumah tukang sarung di Semerak kira kira 24 km dari rumah bersama seorang teman. Sebaik sampai saya bergegas berjumpa dengan tukang tua tersohor Pak Su Zainon, malangnya jawapan pertama yang saya terima ialah ia tidak lagi bertukang untuk orang lain, sebaliknya untuk koleksi peribadinya sahaja.

Kemudian saya beralih kepada anak saudaranya yang juga merupakan tukang sarung yang handal iaitu Nik Pa. Sambil bersembang, minum petang dan berborak pasal keris, badik dan golok, ia menceritakan kepada saya bahawa ia sudah 3 bulan tidak bertukang kerana ada komitmen lain yang perlu dibereskan. Setelah dipujuk Nik Pa bersetuju untuk membuat sarung badik rencong saya pada bulan Mac nanti dan dijangka siap pada awal bulan April. Aduuuh !! lamanya perlu menunggu. Sabaaarlah wahai diri terperi.

No comments: