sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, January 29, 2008

Menciluk

Dalam kesibukan kerja harian sebagai seorang guru dan jurulatih silat saya curi-curi masa untuk menghubungi pembekal-pembekal saya bertanyakan tempahan senjata sama ada dah sudah siap atau belum. Dalam minggu ini aktiviti petang saya sudah fullllll.... dgn mengajar silat di kolej Polytech MARA Kota Bharu.

Tapi Alhamdulillah kerana sudah biasa membuat pelbagai kerja dalam satu masa saya masih sempat menguruskan tempahan, pengeposan(walaupun lewat sehari),menguruskan seminar diempat tempat yang berbeza dlm minggu ini, menguruskan tempahan uniform silat (hampir setiap hari) melayan karenah student silat saya yang bertandang ke rumah dan kadang kala mengemaskini blog sebelum subuh.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang bertanyakan soalan-soalan berkenaan cincin dan senjata. Oleh kerana ilmu yang ada di dada amat terhad, saya hanya dapat membantu sekadar mampu sahaja. Untuk makluman saya menerima paling kurang 50 SMS sehari dan berbebelas-belas email berkaitan dengan topik di atas. Maaf di pinta jika kadangkala jawapan lewat di beri dan juga jawapan yang tidak memuaskan hati. Begitu juga dengan peerminaan yang kadangkala tidak dapat dipenuhi kerana kekangan kewangan, masa dan juga ilmu. Terima kasih semua atas sokongan dan kerjasama.

No comments: