Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya setakat ini rekabentuk pisau memainkan peranan penting terutamanya keberkesanan dan keselesaan semasa menggunakannya. Walau bagaimanapun nilai-nilai seni juga patut diterapkan semasa proses menempa dan membuat sarung pisau.
Mata pisau yang baik untuk melapah dan memotong daging ialah bilah yang tajam dan kuat. Bilah yang tajam tetapi tidak kuat akan menyebabkan pisau mudah patah. Manakala bilah yang kuat tetapi tumpul akan menyebabkan tuannya tidak jadi melapah sebaliknya asyik dengan mengasah sahaja.
Sehubungan itu juga, bagi mereka yang ada nilai seni dalam jiwanya, bentuk pisau juga diambil kira, rekabentuk hulu dan sarung sekaligus melambangkan siapa pemiliknya. Pemilihan kayu berkualiti seperti kemuning, serian, macang hutan, nangka, petai belalang, boi dan lain-lain akan menjadikan pisau melapah satu senjata kerja yang istimewa. Ia bukan sahaja menjadi teman untuk bekerja sebaliknya menjadi santapan mata dek kehalusan seni pembuatannya.
Saturday, January 05, 2008
Rekabentuk pisau
Posted by Mohd Nasir at 7:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment