sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, January 05, 2008

Minyak Cendana

Industri gaharu dan cendana sudah lama diusahakan oleh Masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi. Salah satu faktor penjajahan oleh Bangsa Eropah di Nusantara ialah kerana ingin menguasai perdagangan gaharu dan cendana.

Bagi peminat keris pula wangian cendana sudah sebati dengan mereka. Campuran minyak kelapa yang dicampur cendana sudah lama digunakan untuk merawat keris dan senjata melayu lain. Di samping mengelakkan karat ia juga menjadikan keris berbau wangi setaraf dengan kedudukannya sebagai senjata yang melambangkan keperibadian pemiliknya.

Biasanya minyak cendana akan disapukan pada mata keris sesudah selesai semua proses mencuci keris. Harumannya bertahan sampai 3 hingga 6 bulan bergantung kepada kepekatan dan kadar peratusan cendana yang terdapat dalam minyak tersebut.

Sehubungan itu saya mengambil inisiatif untuk memasarkan minyak cendana untuk rawatan keris dalam pembungkusan yang unik pada harga yang munasabah. Ini akan menjadikan kesenian keris sebagai satu aset estetika milik bangsa Melayu yang unik. Doa dan sokongan sahabat semua diharap akan menjayakan usaha saya ini. InsyaAllah.

No comments: