sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, January 05, 2008

Antara Nilai Seni dan Hambatan Komersil

Proses pembuatan senjata tradisional Melayu berada dalam dilema akibat perubahan gaya hidup dan serta proses pemodenan dalam masyarakat Melayu. Pada masa dahulu pandai besi/empu/tukang besi agak ramai jika nak dibandingkan dengan bilangan ahli masyarakat keseluruhan . Sedangkan pada masa kini bilangan pandai besi semakin berkurangan berbanding dengan pertambahan penduduk yang semakin ketara. Sehubungan itu golongan muda pula semakin tidak berminat untuk meneruskan kerajinan yang memerlukan kesabaran serta bermain dengan debu dan api.

Kebanyakan tukang-tukang besi yang ada di negara kita terutamanya Melayu masih lagi mengamalkan kaedah pengeluaran secara tradisional. Mereka hanya menggunakan peralatan moden yang minima seperti drill dan juga canai, manakala alatan lain boleh dikatakan tradisional seratus peratus. Kaedah ini sudah pasti menjadikan proses pengeluaran adalah tidak ekonomik sama sekali.

Pada masa kini permintaan terhadap senjata tradisional adalah tinggi sehingga pihak tukang gagal memenuhi tempahan pelanggan. Kadang-kadang kelewatan sehingga 6 bulan. Keadaan ini menyebabkan timbul rasa cuak dikalangan peminat senjata tradisional.
Golongan muda seharusnya memikirkan satu cara bagaimana proses pengeluaran boleh dipercepatkan tanpa menghakis nilai-nilai seni dan mistik senjata tradisonl Melayu.

1 comment:

syahir said...

Assalammualaikum cikgu, lama xjumpa walau 2 hari terasa rindu. Benar kata cikgu, pembuatan keris rata2 di Malaysia masih mengamalkan proses tradisi, nak kata menggunakan alatan moden untuk menempa senjata xsampai 5% pun hatta termasuk senjata pertanian pun.
Perkara ini ada disembang2 kan bersama empu disini, bila ditanya jawapnya 'ada ker mesin macam tuh?'
:) teringat pula saya dokumentari dalam national geographic channel tentang pembuatan pedang2 katana Jepun waktu era zaman perluasan kuasa oleh Negara Matahari terbit itu. Mereka menggunakan mesin2 besar dan senjata pedang dihasilkan di kilang2 besi! Walaupun mereka banyak melangkah / shortkart tradisi pembikinan pedang sejati tetapi asasnya tidak lari sebegitu byk. Bezanya tiada layer / lapisan pelbagai besi digunakan. Mereka menggunakan 100% besi yang dimasukkan terus ke dalam acuan sebelum di tekan dalam hub tekanan tinggi / tempa utk padat besi sebelum digrendar utk menghasilkan mata yang tajam. Oleh sebab itu mereka boleh suply kepada ribuan tentera2 jepun ini. Bagi jepun, pedang merupakan lambang 'jantan' dan maruah bangsa, saya xdpt nak bayangkan bagaimana kalau askar kita menyisip keris, waahh hebatkan?
Pada pendapat saya, kita kena melakukan sesuatu, tidak mustahil keris boleh dibuat dalam skala yang besar tanpa mengabaikan faktor disiplin pembuatan keris. Cuma perlu designkan mesin ajer, yang saya nampak perlunya empu membuka 'rahsia' besi yang digunakan. Kerana ada istilah2 atau kategori besi pada empu ini. Kategori ini lah yang akan diasingkan seterusnya digabung untuk menghasilkan layer2 untuk dilipat selipatnya bagi mendapatkan pamur. Yang lambat adalah proses membakar, melipat, mengetuk dan membentuk. Tapi kalau ada mesin yang boleh membuatnya saya rasa senjata tradisi Melayu bukan sekadar cepat disiapkan malah boleh dikeluarkan pada harga mampu milik! mm... tiadakah genius2 Melayu yang boleh membantu?
Bila lagi nak dimodenkan pembuatan senjata tradisi Melayu ini? Cikgu rasa macam mana? :)