Ada pelbagai citarasa dan tanggapan mengenai keris. Ada yang menggemari keris-keris lama yang dianggap antik dan sukar dimilii. Ada juga yang menggemari keris baru kerana perasaan bimbang terhadap "penjaga" keris lama.
Bagi golongan pendekar zaman moden pula keris baru (keris gelanggang) menjadi pilihan kerana digunakan untuk latihan berkeris. Jika menggunakan keris lama kemungkinan besar ia akan rosak sedangkan harganya sampai ribuan ringgit.
Harga keris sebenarnya bergantung kepada kesanggupan membayar seseorang menurut penilaian mereka sendiri. Kadang-kadang kita tidak namapak jodoh seseorang dengan keris mana. Kekadang kita tidak menyangka sebilah keris boleh mencapai harga 1/2 juta. Tapi itulah yang menjadikan keris sebagai senjata yang melambangkan kedaulatan bangsa Melayu.
Monday, January 07, 2008
Keris dan Harga
Posted by Mohd Nasir at 7:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment