sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, January 13, 2008

Episod sibuk....

Apabila sesi persekolahan 2008 bermula, maka bermulalah kembali episod sibuk hidup saya. Kegiatan meronda seluruh Kelantan untuk mencari keris tidak lagi selancar musim cuti . Masa bersembang dengan tukang-tukang besi juga terpaksa dihadkan.

Seperti biasa pada awal tahun ada latihan rumah sukan waktu petang. Saya juga mengajar Ko kurikulum Silat 3 hari seminggu di Kolej Polytech Mara Kota Bharu pada setiap hari isnin, selasa dan rabu pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Pada malam selasa pula saya mengajar silat di laman rumah sendiri.

Walau bagaimanapun saya akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan sahabat- sahabat sedaya yang boleh.

No comments: