Bagi peminat cincin terutamanya lelaki, sebahagian besarnya meminati cincin perak kerana lebih yakin dari segi hukum syarak tanpa was-was. Antara ikatan cincin yang popular di Kelantan ialah ikatan tangkai kendi, bunga jawa, bunga tebuk, bunga mesin , ikatan kuku, ikatan bungkus dan lain-lain lagi.
Dari sudut penjagaan ikatan bunga jawa lebih cepat kotor berbanding dengan ikatan lain. Manakala dari segi harga pula ikatan pahat tebuk bunga jawa harganya 2 hingga 3 kali ganda ikatan tangkai kendi. Kos sesebuah baloh (kerangka) cincin bergantung pada harga suasa/perak/emas dicampur dengan upah/kerumitan kerja tukang. Semakin rumit dan memakan masa maka semakin mahal upah yang dikenakan.
Untuk menjadikan cincin lebih kukuh sewajarnya baloh dibuat tebal. Ini dapat mengurangkan risiko baloh mudah kemek dan membengkok, walaupun harganya mahal sedikit.
Manakala bagi batu permata yang kecil dan nipis ikatan kuku adalah terbaik kerana ia akan menyerlahkan batu tersebut. Jika diikat bungkus maka batu cincin kelihatan tenggelam.
Sunday, January 13, 2008
Petua menempah cincin ....
Posted by Mohd Nasir at 1:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Cikgu, boleh tak upload gambar bentuk sarung cincin yang diperkatakan tu, baru jelas sikit. Terima kasih.
Kumpulan Gendang Gemala Kasturi (KGGK)
InsyaAllah akan saya masukkan
Post a Comment