Bagi peminat keris seharusnya mereka mendalami sedikit sebanyak ilmu perkerisan di samping memiliki keris cantik yang bermutu tinggi. Antaranya ialah adab dan cara membawa keris mengikut ilmu pendekar.
Saya ingin berkongsi satu kaedah ( mungkin saudara lebih arif) meletakkan keris semasa duduk bersila ketika bersembang cara pendekar. Untuk menyelitkan keris di pinggang amat menyakitkan, letak di belakang takut di curi musuh.
Cara yang betul ialah dengan meletakkan keris di hadapan kita dengan hujung sarung keris di tindih dengan anak jari kaki dalam keadaan terlentang. Ini dapat membantu kita menyentak keris dengan pantas menggunakan satu tangan jika terdesak. (jika ingin lebih jelas, kena bayar pengeras dulu..ha.ha.ha)
Tuesday, January 08, 2008
Pakej Lengkap
Posted by Mohd Nasir at 11:53 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Hahaha..... Sungguh bijak cara Cikgu? Tetapi saya ada satu lagi cara yang mungkin ramai tidak ketahui. Mudah sebenarnya ni. Tetapi tulah seperti Cikgu saya juga ingin kenakan mengraslah kalai bergitu.... Muahahaha..... *gelak~gelak* Nantilah ada kesempatan saya tunjukkan Cikgu caranya. Free of charge k? *wink*
Terima kasih Tengku, itulah lebihnya bila berilmu, kekadang kena jual mahal sikit, supaya nikmat ilmu itu lebih terasa. Ha ha ha
Betul tu Cikgu Nasir..... Saya setuju..... Hahaha.... Bukan lokek ilmu sebaliknya nilai ilmu itu sendiri ada harganya. Itu sebab ianya susah nak cari apatah lagi untuk memahami perlu ada sifat ingin belajar dan bukan sakadar suka-suka ingin nak tahu. Betul tak Cikgu? *gelak~gelak* Hahaha.... Eksyen mau lebih.... *gelak~gelak*

Post a Comment