Tajong dan sundang dikategorikan sebagai keris. Sundang tidak digunakan untuk menikam seperti mana sifat keris, ia lebih kepada menetak dan melibas. Saiznya matanya lebih besar dan panjang serta agak berat berbanding keris biasa. Hulu sundang juga biasanya mirip kepada pedang walaupun mempunyai sifatnya yang tersendiri. Ia popular di Filiphina dan Borneo dan Bugis, walau bagaimanapun ada sundang yang dihasilkan di Terengganu , Kelantan, Patani dan Utara Semenanjung Malaysia.
Keris Tajong pula banyak dihasilkan di Patani, kadangkala hulunya dikenali dengan nama hulu Pekaka. Tapi bagi hardcore keris lebih terkenal dengan nama tajong. Biasanya mata keris tajong menggunakan mata keris lurus pandai saras/sarah. Keris tajong lebih menumpukan kepada kualiti pembuatan hulu dan sarungnya. Hulunya tidak sesuai untuk kaedah tempur. Ia lebih kepada penghayatan seni dan kehalusan seni pertukangan kayu masyarakat Melayu. Biasanya hulu akan ditukar apabila hendak digunakan untuk bertempur. Untuk menambahkan nilai seni tajong ia dicampur lagi dengan kehebatan seni pertukangan emas, perak atau suasa.
Wallahualam.
Wednesday, January 09, 2008
Menjawab pertanyaan En. Zaidi - Perbezaan Sundang dan Tajong
Posted by Mohd Nasir at 5:46 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Keris Tajong permainannya agak mirip dengan permainan Pelandok Dua Serupa. Mirip tetapi tidak sama. *smile*
assalammualikum ... saya mungkin orang baru ... saya rasa perkataan sundang dan tajong perlu di tambah dengan keris sundang dan keris tajong ... kerana bagi masyarakat sebelah perak ... mungkin perak tengah - pasir salak ... sundang adalah satu jenis senjata yang di gunakan oleh si puntum untuk menetak jw birch .. yang mana bentuknya .. mata macam mata pedang samurai / katana ... tapi hulu macam golok ...
Sundang memang memang termasuk dalam kategori keris. Yang membezakannya ialah saiz dan bentuk hulunya sahaja.
Post a Comment