Bagi peminat senjata, persoalan ini adalah sangat penting untuk difikirkan. Sesetengah sahabat amat meminati kategori antik. Mereka langsung tidak mahu melihat (ambil peduli) bila dengar senjata kategori baru.
Pandangan saya jika semua pembeli bersikap demikian maka akan lumpuh dan tumpullah minat serta semangat tukang-tukang masa kini. Senjata antik yang ada pada hari ini dulu juga baru. Masa mula-mula ditempa dulu ia tidak antik. Apakah senjata yang baru ditempa hari ini perlu menunggu 100 tahun lagi untuk dinilai sebagai satu senjata yang bagus dan bermutu . Samalah seperti Seniman P.Ramli yang mendapat gelaran Tan Sri selepas meninggal lebih 15 tahun.
Sama-samalah kita renungkan.
Tuesday, January 08, 2008
Keris baru vs Keris lama
Posted by Mohd Nasir at 11:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya sokong pendapat dan pandangan Cikgu Nasir yang arif. Kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap keris buatan baru dengan kaedah pembuatan teknik yang sama.
Saya juga faham di mana mereka yang tidak mengindahkan keris buatan baru juga ada sebeb mereka yang tersendiri. Mereka kuwatir keris buatan baru "sejuk". Mereka kuwatir ilmu permahaman tukang besi zaman ini kurang peka mengenai ilmu petua, doa mustajab, rahsia di dalam ramuan besi, rahsia didalam kepercayaan kiraan hari dan kemasukkan semangat yang ampuh. Bagi sesetangah "penggemar keris" beranggapan keris baru ibarat seperti keris "anak dara". Hahaha...... faham-faham jerlah Cikgu? *gelak~gelak* Di sini saya menyebut dan menggunakan perkataan "penggemar keris" dan bukan "Kolektor Keris". Ini adalah sebab sebagai seorang "Kolektor Keris"..... Dara ataupun bukan dara kita tetap suka dan sayangkan mereka? Yang penting adalah kesempunaan zahir mereka dan padatnya batin yang sedia ada didalam jiwa setiap Melayu dan Islamnya kita. *smile* Keris tetap keris dari dahulu, kini dan buat selama-lamanya. *peace* Yang membedakan nilai sesebuah keris sebenarnya adalah tertakluk kepada nilai ilmu fahaman kita dan sifat perwatakkan Melayu nya kita yang senantiasa merendah diri dan saling menghormati sesama kita. Satu agama, satu bangsa, satu negara dengan jiwa rakyat yang bertimbangrasa. *cheers*
Selamat Tahun Baru ~ 1429H
Kenapa kita lebih berminat kepada keris lama?.
1. Proses dan cara buatan oleh empunya sangat halus walaupun guna alatan tools kuno.
2. Sebilah keris yang baik akan dibuat dengan mengambil masa yang agak lama. kerja kerja amat teliti dengan sikap kesabaran mereka.
3. Keris lama ada memiliki sejarah tersendiri jika dirungkai sejarahnya.
4. Terbukti ketahanan hayatnya hasil dari proses buatan dan campuran baja pada bilah mata keris tersebut.
5. Walaupun ada elemen syirik (jampi mentera)digunakan semasa proses pembuatannya, Proses tersebut menguatkan minat pengumpul/penyimpannya kerana amalan tersebut adalah amalan kuno.
6. Setiap pamor yang terbentuk pada mata keris, akan memberi simbolik dan makna tertentu. Kebaikan, kemakmuran, kesejahteraan, keselamatan perlindungan, kecelakaan dan lain-lain. Pamor pamor tersebut di masukkan dengan elemen jampi mentera mengikut kepercayaan empunya.
7. Empu keris terdahulu tidak dengan sewenangnya membuat bilahan keris. Setiap keris yang dibuat mempunyai "trademark" tersendiri. Ianya bertujuan menjaga nilai seni rekaan keris tersebut. "Trademark" tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali bagi mereka yang betul memahami seni keris. Bagi yang memahami seni keris, dengan melihat "trademark" tersebut ia akan mengetahui siapakah empu keris tersebut.
Itu dulu.. Nanti sambung lagi
Aku pong setuju
Post a Comment