Nampaknya saya terpaksa membuang perkhidmatan chatting box dalam blog saya buat sementara waktu. Saya terpaksa melakukan kerana banyak aduan sahabat-sahabat yang kurang senang dengan gelagat sesetengah pengunjung yang tidak menghormati perasaan peminat, collector keris dan juga tuan rumah.
Bukan niat saya untuk bermusuh dengan sesiapa, tetapi wajarkah minat dan hobi kami dipermain-mainkan. Jadi setelah berfikir panjang maka saya membuat keputusan untuk "delete" sementara waktu perkhidmatan chatting box.
Orang berperahu kita bersampan
Perahu kolek kemudi di depan
Bukan begitu adat berkawan
Arus air jangan dilawan
2 comments:
Mie sebenarnya pun sakit hati dengan ada sesetengah hak chat tu kecek lagu ikut sedak mulut..baso xreti..kita xminat jange duk kato hak ore xmolek..diam2 sudohla..
mie perasan ado hak sindir cikgu kato takut warisan pusaka kita jatuh ka tgn org luar..kalu tahu sapo lamo doh g cari..
ore tuo2 kato:
" Kalu Bodo Tok Soh Berkecek Hal Ore"
Salam Cikgu Nasir.....
Saya bersetuju padat dengan pandangan Cikgu yang arif. Tidak elok jika kita mengotori halaman jiran tetangga. Maka sudah di jemput maka harap tahulah jaga adat dan adap bersopan dan bertimbangrasa. Bahasa melambangkan bangsakan Cikgu?
Apabila Cikgu padamkan khidmat "chatting box"? Maka saya merasakan kampong kita serta merta gelap, sunyi dan sepi. Macam baru kena landa tsunami yang sangat dahsyat?
Ada baiknya kita jaga bersama kebersihan persekitaran kampong kita. Kalau kampong kemas dan bersih tak kan penduduk pengotor kot noh? Eeeee bucuk!!! *gelak~gelak*
Post a Comment