Saya tujukan posting ini kepada penggemar batu permata berwarna biru. Ramai penjual permata mengambil kesempatan ke atas pelanggan-pelanggan yang kurang ilmu dan pengalaman apabila menjual kynite dengan harga blue sapphire.
Untuk makluman batu kynite berwarna biru tetapi terdapat jalur-jalur di dalamnya sama ada lurus atau melintang. Dari sudut kekerasan kynite berada di sekitar 4.5 mhs kebawah. Sehubungan itu ia kurang sesuai di pakai oleh individu yang lasak kerana mudah calar dan retak.
Beza harga kynite berbanding blue sapphire ibarat kereta kancil buruk lawan mercedes baru. Jadi berhati-hatilah semasa membeli.
Sunday, January 13, 2008
Antara Kynite dan Blue Sapphire
Posted by Mohd Nasir at 1:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam, sy masih keliru utk membezakan di antara Kynite & Blue Sapphire.. dulu saya prnh membeli cincin nilam biru tp skrg cincin berkenaan dh calar2 di permukaannya.. adakah itu merupakan batu kynite? ada ke kynite berwarna hijau gelap?
Agak susah untuk dijelaskan dlm blog, elok kalau helmy pergi ke kedai dan mintak nak tengok kynite, bila dah ada ditangan baru jelas struktur batunya dapat dilihat, tambah pula kalau lihat dgn mikroskop
Post a Comment