sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, December 16, 2007

Sabar menanti...

Beberapa koleksi keris saya masih lagi sangkut dekat tukang sarung, ini kerana cuaca yang tidak mengizinkan untuk kerja-kerja akhir seperti shellac dan varnish, antaranya ialah sebilah keris panjang, beko mata besar, keri pamor lok gigi yu dan sebilah keris lurus.

Nampaknya permintaan terhadap tajong agak tinggi dalam bulan ini. Bagi yang menghargai seni, keris tajong adalah antara yang terbaik terutamanya dari sudut ukiran hulu dan penampilan sarungnya.

Untuk mendapatkan kepuasan seni saudara terpaksa melabur lebih sedikit bagi sebilah tajong. Pernah di Kelantan 2 bilah tajong ditukarkan dengan sebuah kerata Proton Waja baru. Aneh tapi benar.

Pada masa kini untuk mendapatkan ulu tajung yang bertatahkan perak dan suasa agak sukar sedikit masa kini, tetapi jika kita sanggup menawarkan harga yangberpatutan semuanya jadi bisa diurus.

No comments: