sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, December 22, 2007

Keris punya pasal.....


Tangal 22hb Disember 2007, saya berkunjung ke KL untuk menghantar badik Tg.Rizan di Taman Chempaka Ampang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara Aidil yang telah bersusah payah (menyusahkan dirinya) mengambil dan menghantar saya ke Ampang.
Berkebetulan Cikgu Nordin berada d Kl, saya telah menjemput Cikgu Nordin dan Aidil ikut serta dlm pertemuan saya dengan Tg.Rizan. Cikgu Nordin ialah Editor buku " Rahsia Keris Dan Senjata Melayu" yang dijual dlm blog saya.
Dalam pertemuan ini Cikgu Nordin telah menunjukkan koleksi keris-kerisnya yang berbagai jenis. Saya tidak membawa sebarang koleksi (hanya badik yang telah ditempah shj) kerana takut bertembung dengan koleksi Cikgu Nordin yang "High Class" berbanding koleksi saya.
Terima kasih juga kepada Tg.Rizan kerana layanan mesra terhadap kami bertiga. InsyaAllah jika panjang umur dan murah rezeki dapat kita berjumpa lagi.

3 comments:

Anonymous said...

Assalammu'alaikum Sahabat ku Cikgu Nasir,

"Keris punya pasal....." Hahaha.... Sememangnya ia suatu jodol yang sungguh menarik dan nyata akan kebenarannya. Bukankah bergitu Cikgu? *giggle* Sungguh amat berbesar hati saya dapat bertemu Cikgu Nasir yang telah bersusah payah membawakan Badik Ikan Emas untuk saya. Amat terhutang budi saya kepada Cikgu yang juga telah membawa sama Cikgu Noordin dan Aidil untuk bertemu saya di Taman Chempaka, Ampang. Gembira dan syukur saya ke hadrat Illahi kerana dapat berkenalan dan berbual mesra bersama sahabat-sahabat sekalian. Tidak rugi dan sanggat beruntung rasanya dapat diperlihatkan koleksi peribadi Cikgu Noordin semalam. Sekira diizinkan.... Insya'allah saya juga ingin melihat koleksi Cikgu Nasir yang saya yakin juga setanding dan amat tinggi nilainya. *smile* Buat masa sekarang biarlah saya dahulukan uruskan Keris Pusaka Bugis Patani Lipan Bara. *smile* Ingin juga saya kiranya mendengar pandangan Cikgu Nasir mengenai keris berkenaan yang terpaut di hati.

~ Tengkurizan ~

Anonymous said...

W.salam Tengku, Bagi saya keris itu amat istimewa kerana walaupun baru setahun jagung mengilai bidang ini, ratusan keris telah saya lihat tapi ia satu-satunya yang saya pernah lihat.

Bersesuaian pula dengan harganya. Jodoh keris dengan seeorang tidak siapa yang tahu.

Untuk makluman Tengku, ramai sahabat mengatakan saya kurang bijak apabila membawa penjual keris lain berjumpa Tengku sedangkan saya juga berniaga.

Bagi saya rezeki Allah berjalan di atas tangan-tangan manusia, perniagaan keris bagi saya bukanlah perkara nombor wahid yang paling utama ialah persahabatan, keikhlasan dan juga budi bahasa menjadi ukuran.

Berkenaan koleksi, saya rasa tak boleh nak dikatakan koleksilah, sebab saya telah menjadi pedagang tulen sekarang. Koleksi saya hanya pedang peribadi yang saya tempah dan sebilah kerambit yang betul-betul saya pakai. Yang lain hanya singgah sekejap - sekejap sahaja.

Saya lebih tumpukan berdagang dan mengajar cara menggunakan keris sebagai seorang guru silat.

Terus terang saya katakan bahawa Tengku adalah antara orang bertuah kerana dapat melihat secara life barangan Cg.Nordin.

Di Kelantan ramai lagi sahabat yang mempunyai koleksi keris yang berkualiti.

InsyaAllah saya akan cuba ketemukan tokoh-tokoh besar ini walaupun pelbagai cerita mengiringinya. InsyaAllah jumpa lagi

Anonymous said...

sebenarnya ramai yg mempunyai koleksi peribadi dan mereka ini tidak aktif untuk tujuan komersil. Pada mereka keris yg ada adalah atas sebab sejarah dan nilai isinya...bukan untuk dijual beli.
koleksi macam ini juga hanya orang tertentu saja boleh diperlihatkan.