sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, December 29, 2007

Keris

Mengapa Melayu bangga dengan kerisnya? Itu adalah salah satu persolan yang sering ditanyakan oleh anak-anak muda kita dan juga mereka yang tidak mengerti tentang akar budaya bangsa sendiri.

Kadang-kadang memalukan bila melihat ada Melayu menggunakan keris untuk memotong kek. Lebih memalukan lagi bila orang-orang silat sendiri jahil tentang keris. Silat Melayu tidak boleh dipisahkan dengan keris. Jika silat Melayu tak mengajarkan cara dan adab berkeris, bukankah amat janggal. Panglima dan pendekar Melayu dahulu biasanya menyelitkan keris di pinggang mereka. Mustahil mereka tidak tahu berkeris.

Tapi mengapa banyak silat warisan panglima-panglima hebat ini tidak mengajar berkeris. Anehkan. Apalah Melayu jika hilang kerisnya.

2 comments:

syahir said...

ni ler pertama kali saya mendengar orang potong kek dgn keris, lawaknya, klu keris tu beracun malam pertama duduk wad ler jawabnya, tu pun klu umur panjang lagi. Pada pendapat dan cerita yang saya dapat, kebanyakan silat yang mendakwa dari pendekar itu pendekar ini sebenarnya hanya gelaran yang diberikan oleh masyarakat kampung/tempatan. bukan gelaran yang khusus daripada pihak Istana. Begitu juga dengan mengatakan silat mereka daripada panglima atau hulubalang, tak lebih daripada gelaran atau mungkin dapat ilhamnya begitu. kerana adalah terlalu mustahil seni permainan keris tidak diketahui MELAINKAN dirahsiakan utk murid/waris2 tertentu. Semua orang boleh berkeris, dan semua orang boleh menikam, tetapi menikam yang macam mana? adakah ilham ataupun mmg disampaikan secara tertib dan beradab dari satu guru kepada waris yang layak. Kerana menjadi satu pantang larang atau rahsia suatu masa dahulu untuk mengajar kepada golongan luar Istana seni perang melayu kerana dikuathiri cacing akan menelan naga. Walhal kerajaan itu adalah amanah/pemberian Allah kepada sesiapa yang Ia Kehendaki. Bila bercerita bab ini secara tidak langsung akan mengaitkan dengan sejarah semula. Perlu dikaji sejarah kerajaan dahulu selalu berebutkan tahkta, antara kerabat, antara pembesar, malah rakyat sendiri. Asal Raja-raja dahulu adalah mulia kerana Raja merupakan perkakas Allah Taala, Raja yang tunduk kepada kebesaran Ilahi, tawaduk, zuhud, cintakan ilmu, menjalankan amanah yang diberikan dengan berpandukan hukum syariat, pembawa tali2 Allah. ops!!..dah melangkau ni, pendekkan cerita, Raja2 ini tidak gentar dengan sesiapa melainkan Allah, segala keperluan diri diserah bulat2 kepada Allah, Allah adalah tempat bergantung segala sesuatu, Raja2 ini tidak menyorokkan ilmu,tegas dalam menjalankan pentadbiran negara hingga ada mereka2 yang terdekat berasa tergugat. kebanyakannya kerana harta dan kuasa (yang ketiga akan datang secara otomatik yaitu perempuan). Raja ini tahu kekayaan bukanlah miliknya, tetapi milik Allah, dia tidak kisahkan harta negara yang melimpah ruah kerana baginya adalah Redho Allah semata2. sapa yang tak terancam beb! jadi sebelum aku kena tendang dek Raja yang tak makan bodek, tak suka harta, dan anytime boleh 'fired' aku, lebih baik aku tanam jarum sesama pembesar dan gulingkan Raja bila ada peluang! Bila dah berkuasa, waris yang sah telah disisihkan (malah dihapuskan terus) maka segala ilmu2 berkaitan yang akan menjejaskan politik dalaman Istana perlu dirahsiakan! Termasuklah ilmu berkeris ini! Sebab tulah Malaysia mengharamkan senjata api! nanti senang orang nak memberontak! menjatuhkan kerajaan. Sesiapa sahaja yang berkemungkinan berwibawa boleh menggugat 'keamanan' kroni..opsss negara, akan dihapuskan dengan penuh 'tanggungjawab'. demi menjaga kestabilan negara. Maka selepas itu jadilah seni perang melayu itu sebagai rahsia Istana/kerajaan sahaja hingga dikatakan rakyat jelata tidak mampu mengadapi serangan Portugis malah lari ke hutan banat. Tinggallah beberapa kerat hulubalang yang tahu seni perang melayu ini utk 'mengadap'dan berjihad hingga kehujung nyawa. Bila mati tamatlah riwayat seni perang melayu dan dibawa ke kubur sekali ilmu berkeris ini. Tetapi ingat, tidak semuanya hilang begitu sahaja. Ibarat sepohon pokok yang tumbang, buah2 yang gugur ke bumi inilah nanti menjadi benih dan menyambung wasilah dan perjuangan datuk moyang mereka yang penuh dengan taat setia, fisabilillah, dan tiang2 agama yang akan membela Islam kelak. InsyaAllah. Jadi kesimpulannya, ilmu ini belum pupus sepenuhnya, masih bersisa, tetapi perlu dikutip dan dicantum2 kan hingga menjadi kepingan2 besi yang kukuh. Yang penting perlu diwariskan, jgn simpan sorang2. nanti bila penyamun masuk kampung, takkan nak lari tinggalkan anak bini ketakutan. betul tak cikgu. Adat hulubalang, nyawa ditangan Allah, apa sahaja yang datang ditelan bulat2 kerana semuanya ketentuan Allah belaka, dan sebab inilah Hang Tuah tiada menderhaka kepada tuannya. kerana tuannya 'bayangan Allah di muka bumi' walaupun umum tahu Sultan Melaka yang gilakan Puteri Gunung Ledang itu zalim. kerana bagi hulubalang melayu, itu semua azab dari Allah Taala, barangkali Allah berkehendakkan sesuatu yang baik walaupun bagi kita ianya tidak baik. dan barangkali kita sukakan sesuatu perkara tetapi tidak pada Allah Taala. maka dibiarkan sahaja ketentuan Qodo'dn Qadar membawa jasad ini kemana jua, kerana penghujungnya akan kembali jua kepada Sang Pencipta. Tanah dikembalikan kepada tanah, roh dikembalikan kepada Allah kerana ia merupakan Rahasia Zat yang Menciptakan. sekian terima kasih. berapa markah ceguu?

Anonymous said...

Saya boleh bagi markah 95%