sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, December 08, 2007

Perjalanan hidup satu ujian dan latihan....

Ramai sahabat dan kawan-kawan bertanya kepada saya apakah maksud berjalan. Saya suka menggunakan istilah berjalan untuk menjelaskan bahawa kita perlu mempraktikkan apa yang kita pelajari dalam kehidupan seharian kita.

Contohnya ada sebilangan kecil kawan-kawan yang suka berkhalwat di dalam gua, hutan dan tempat-tempat sunyi yang lain. Ketika berkhalwat mereka menempuh pengalaman kerohanian dan ujian tertentu. Oleh kerana manusia adalah "haiwan bermasyarakat" dan "haiwan berkeluarga" maka mereka harus kembali kepada masyarakat dan keluarga mereka untuk meneruskan hidup dengan bekalan ilmu yang ada di dalam dada.

Ujian sebenar manusia adalah dalam kehidupan ini, apa yang mereka perolehi sama ada dalam gua, atas masjid, di pondok-pondok, dewan kuliah, seminar, ceramah dan lain-lain tempat perlukan latiahan praktikalnya. Praktikalnya ialah kehidupan kita seharian. Jika kita dapat menanggani kehidupan kita berdasarkan ilmu yang di pelajari maka barulah bermanafaat ilmu yang kita pelajari. Wallahuaam.

2 comments:

syahir said...

Akm cikgu, izinkan hamba menambah kata. Apapun kita sebagai manusia ini merupakan perkakas Allah Taala. Dahulu moyang kita masuk ke Gua/hutan banat/atau tempat terpencil (jin bertendang) adalah semata2 kerana ingin mengenal dengan lebih mendalam akan 'diri' sendiri. Allah berfiman ' kenalilah diri kamu sebelum kamu mengenali aku'. Maka untuk memudahkan atau memusatkan azam ini, maka mengasingkanlah diri daripada hiruk pikuk atau hingar bingar masyarakat. Ketika dalam 'proses' berkenal-kenalan inilah manusia itu tadi akan diganggu dengan alam ghaib yang mana Nabi ada berpesan agar kamu jangan terpedaya dengannya. Berbagai2 tawaran menarik dan ajaib akan 'di offerkan'. Ini adalah untuk memesongkan tujuan sebenar kita untuk memahami hakikat 'Nur' yang sememangnya tersembunyi di dalam diri masing2 yang hanya dapat ditembusi melalui 'hanyut' dan tenggelam di dalam zikr Ilahi. Apapun yang sebenarnya hamba suka meng-shortkan penghujung cerita.. samada tersesat atau balik kepangkuan keluarga / masyarakat untuk satu tujuan.. iaitu melakukan peranan masing2 yang telah ditetapkan di Loh Mahfus dahulu. Renung2kanlah apa kecenderungan diri... ada kaitannya dengan janji jita dahulu. Setelah mengenal diri dan peranan dilaksanakan, maka tinggal peranan dan tanggungjawab kepada Allah Taala. Hanya satu... HUwal lazi Ardh sala Rasulahu wa Dinnul Haq, Liyuzhirohu Alladdinni kullihi, walaukarihal musyrikun..wakafabillah hi shahidan. Tinggikan Martabat Islam, jangan bagi setaraf dengan kerajaan yang lain, walau orang kafir membenci. Bagaimana caranya? Sediakanlah diri kamu untuk peperangan akhir zaman yang mana kamu akan berperang semula dengan kuda dan pedang. Akan tiba satu masa di mana pembunuhan akan berlaku dimana2 sedang kamu hanya mampu melihat... maka persiapkanlah diri dengan ilmu di dada, amalkan, hayati setiap geraklangkah.. jika bukan masanya 'zaman' itu untuk kita, maka persiapkanlah anak kita...cucu kita..cicit kita. Inilah bakal panji2 hitam yang akan terbit daripada Timur. Segala sesuatu yang berlaku adalah kehendak Allah semata. Kita bukan kita, hanya 'Dia'...kita tidak wujud...hanya 'BayangNya'. Maka janganlah kita lupa 'diri'. Semuanya berjalan mengikut 'RancanganNya'. Itulah "Dia" Raja Semesta Alam...BUKTIKAN LAH. JANGAN DI TINDAS LAGI. INNAMAL AKMALU BIN NIAT. LAKSANAKANLAH AMANAH MU...

Anonymous said...

Terima kasih Shahir kerana tulisan yang bernas