Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membuat tempahan Buku Keris dan Senjata Melayu diseluruh negara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Berbekalkan kualiti dan nilai ilmu yang terdapat didalamnya maka saya berani mengatakan bahawa pada Edisi kedua buku ini akan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding sekarang. Buku ini mengandungi 314 mukasurat dengan kertas bermutu tinggi serta cover yang menarik.
Buku yang dikarang dan diterbitkan oleh anak Melayu Kelantan ini adalah original dan seratus peratus dibuat berdasarkan kaca mata seorang Melayu tanpa merujuk kepada pendapat orientalis. Jika anda membeli sebilah keris berharga seribu ringgit, anda hanya dapat memiliki hanya sebilah keris, tetapi jika saudara memiliki buku ini saudara memiliki ilmu ratusan keris dan senjata Melayu yang lain.
15 comments:
sir,
Maso pertandingan keris di muzium tempoh hari..nak juga beli tapi tak cukup duit..ingatkan murah saja..tapi mahal...ingat nak beli satu, nak tunjuk kepada 'Ayahku'...masa tu harga RM
Assalamualaikum Cikgu Nasir,
Saya bersependapat dengan pandangan cikgu tentang ilmu yg terkandung. Saya harap Edisi kedua akan dapat meningkatkan prestasi dan di penuhi dengan lebih banyak ilmu, gambar yg lebih jelas...
wassalam ~ Alam Shah ~
Assalamualaikum Cikgu Nasir, ambo tumpang lalu.
Ambo ni anak salah seorang dari bekas ahli jawatankuasa penaja (arwah) yang menubuhkan PSPDK yang menerbitkan buku tersebut.
Hampir nak menitis air mata gembira saya bila dapat tahu PSPDK sudah terbitkan buku yang bagi saya bukannya bernilai RM250 tetapi tiada nilainya.
Saya bangga, dengan pimpinan baru ini, banyak perubahan telah di alami oleh PSPDK. Bermula dengan kad plastik, buku KERIS dan kini website pulak. Dan saya mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nasir kerana menyediakan blog bagi membincangkan isu berkenaan keris. Kalaulah arwah ayah saya masih ada,.. pasti dia bangga dengan keadaan sekarang ni.
Namun ada sedikit cadangan yang ingin saya kongsikan bersama.
Sejak kewujudan "electronic book" atau ringkasnya dipanggil e-book, ramai pembaca dunia sudah hilang minat untuk ke perpustakaan dan ke kedai buku. Mengikut kajian yang telah dijalankan sebanyak 30%-40% penurunan (pembeli & pembaca buku) sehingga pertengahan tahun 2008. Ini boleh melumpuhkan industri penerbitan buku-buku seperti ini.
Selain daripada pasaran terhad, ia juga banyak mengeluarkan kos. Dari kos penyelidikan, kos penulisan & grafik, kos PERCETAKAN, kos PENGHANTARAN dan pelbagai kos lagi termasuk cukai jika dijual di luar negara. Ini menyebabkan lambakan buku yang tidak terjual disetiap kedai-kedai buku terkenal di ibu negara.
Jadi saya cadangkan kepada Cijgu Nasir untuk menyampaikan kepada AJK PSPDK bagi mengurangkan kos pembelian tersebut disamping menambahkan keuntungan kepada PSPDK dengan jualan dalam bentuk e-book.
Semoga Keris Pusaka Keturunan Kita tetap tersemat dijiwa generasi akan datang. Terima kasih.
Salam Cikgu,
Maaf kalau saya lambat bertanya berkenaan dengan Buku Rahsia keris dan senjata warisan Melayu. Adakah masih ada dalam simpanan Cikgu?
Sekian terima kasih.
Masih ada stok
Assalamualaikum Cikgu Nasir,saya nak beli buku ni tapi tak tahu cara nak beli online..cam mane cara nak beli online??
sms atau email say atau senang call saya.
Assalamu'alaikum, Cikgu saya ingin membeli buku ini. Apa boleh beri email atau AC no untuk membuat pertanyaan dan hantar wang nya. Terima kasih. Roslee
Assalamu'alaikum, Cikgu saya ingin membeli buku ini. Apa boleh beri email atau AC no untuk membuat pertanyaan dan hantar wang nya. Terima kasih. Roslee
Assalamualaikum cg nasir pm saya tokmi 019 2077 027 berminat beli buku keris
Assalamualaikum cg nasir pm saya tokmi 019 2077 027 berminat beli buku keris
Assalamualaikum tuan..saya berminat utk mendapatkan buku tersebut..mohon pm kn detail pembayaran..0196848723 - Anuar
As Salam cikgu. Sy rafie berminat beli buku tersebut. Mohon hubungi sy 0125664445. Terima kasih.
Assalamulaikum Tuan, saya berminat untuk beli buku tersebut. Boleh tuan mohom pm detail pembayaran kepada saya. 0192655504
asklm, sy berminat bole dapatkan di mana cikgu
Post a Comment