Ada juga rakan-rakan dan sahabat yang menasihati saya agar menjadikan blog saya ini betul-betul jelas apakah konsepnya. Ada juga yang menasihati agar menggunakan domain yang berbayar agar lebih selamat.
Menjawab saranan pertama,
Saya mengucapkan ribuan terma kasih kepada sahabat yang prihatin tentang blog saya. Sebenarnya saya selesa dengan konsep cacar marba ini. Sambil bersembang saya menjual produk saya kepada sahabat-sahabat. Di dalamnya kadangkala ada sedikit info, kadangkala ada cerita dan sekali-sekali ada tip-tip baru untuk dikongsi bersama.
Menjawab saranan kedua,
Insyaallah saya akan membeli domain sendiri dalam seminggu dua lagi. InsyaAllah walaupun berpindah ke domain baru nama Cikgu Nasir akan terus digunakan walaupun dari sudut strategi perniagaan internet agak sukar untuk disearch oleh trafik yang mencari keris. Walau bagaimanapun saya percaya jika ada rezeki mereka akan berjumpa juga dengan laman saya ini.
Monday, December 31, 2007
Konsep Blog...terima kasih sahabat
Posted by Mohd Nasir at 1:42 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalammu'alaikum Cikgu Nasir,
Saya sokong dan amat bersependapat dengan Cikgu. Buatlah apa yang terbaik dari pandangan dan concept Cikgu yang unik dan tersendiri. Kami sebagai pencinta keris dan pusaka warisan bangsa hanya dapat bersyukur dan menumpang kasih dan untung kepada usaha kerja niat baik Cikgu Nasir.
Hahaha.... Biar pun ada sebilah keris yang hebat di dalam sebuah perigi buta berisi ribuan binatang berbisa di tengah-tengah hutan belantara. Maka saya tetap merasa ada mereka yang berani menumpuh bahaya mengadai nyawa untuk mendapatkan keris tersebut. Jadi apalah hairan dan susahnya sekira website Cikgu berada di dalam dunia cyber yang jaraknya sejauh petikan jari pada computer di hadapan mata? Maka saya sebagai peminat barangan purba akan tetap memburu Cikgu untuk mendapatkan hidmat dan layanan Cikgu Nasir yang bergitu baik, jujur dan mesra terhadap semua lapisan bangsa dan usia. Syabas dan teruskanlah usaha murni Cikgu. Saya yakin di dalam masa yang terdekat nama "Cikgu Nasir" akan terkenal di seluruh Tanah Melayu, Nusantara dan dunia di luar sana. Yakin pada kebolehan Cikgu!!! Sabar itu subur Cikgu. Saya cukup yakin dengan kebolehan Cikgu dapat menembusi market dunia perkerisan setanding mereka di Ebay atau di mana-mana sekali pun. Harapan kami di Singapura tinggi terhadap kebolehan Cikgu. Sekiranya Cikgu perlukan bantuan ataupun pandangan harapan saya agar Cikgu jangan sesekali segan untuk bertanya. Saya dan rakan rapat di sini sedia membantu usaha baik Cikgu Nasir, Seorang Anak Melayu Jati Berwawasan & Berwibawa. Melayu Maju!!! Hidup Melayu!!!
~Tengkurizan~
Post a Comment