Rosman atau May Keris (Man Samurai) adalah antara tukang sarung gred A++ di Kelantan. Prinsip kerjanya seni untuk seni menyebabkan hasil kerja tangannya amat bernilai tinggi dan mendapat tempat di hati pembesar negara, Sultan-sultan dan peminat seni luar negara.
Walaupun kurang dikenali di Kelantan tetapi namanya tersohor di luar negara, saban tahun beliau mendapat jemputan untuk mengadakan pameran di luar negara . walau bagaimanapun beliau tidak pernah mengadakan pameran di luar negara kerana tidak ada stok untuk pameran.
Hasil kerja tangannya memakan masa agak lama untuk disiapkan kerana penghayatan jiwa dan raga semasa kerja adalah pegangannya. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam ukiran karaf kayu kerana mewarisi bakat bapanya yang mengusahakan industri perabut ukir menjadikan beliau amat mennghargai kehalusan seni ukir Melayu.
Pada masa kini beliau kekurangan kayu bermutu seperti kemuning, sehubungan itu belaiu menolak tempahan jika pelanggan tidak menyediakan kayu sendiri.
Artikel ini saya tulis setelah sahabat dari Sabah Shahril meminta saya menjejaki May untuk projek tekpinya.
Sunday, December 23, 2007
May( Man) Keris
Posted by Mohd Nasir at 9:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya pernah mengenali beliau semasa mengikuti beberapa pameran hasil kraftangan di kelantan sekita 11 atau 12 tahun dulu. Ternyata beliau seorang yang amat berminat dalan seni ukir halus dan hasil2 kerja tangan beliau amat baik sekali
Post a Comment