Inilah hasil kerja tangan pertama saya. Hari ini saya telah berjaya menyiapkan 3 biji permata teras gemunggal untuk memenuhi hasrat sahabat saya dari Penang dengan nama glamornya Pulau 100. Mungkin kurang cantik berbanding tukang canai permata profesional tapi saya nekad untuk mencanainya sendiri kerana bosan dengan karenah kelewatan sahabat-sahabat tukang.
Saiz paling kecil saya buat khusus untuk Pulau 100, yang tengah belum di miliki, manakala yang paling besar dan tinggi itu saya punya. Saya nak buat kejutan kepada rakan-rakan kerana belum pernah orang buat permata begitu tinggi dan nipis. Bila saya buat sendiri saya boleh buat mengikut naluri saya, kalau tidak segan juga nak mengada-ngada dengan tukang.Walau bagaimanapun saya kurang berjaya apabila mencanai batu berbanding kayu.
4 comments:
uishh.. rajin nyer cikgu, baper jam nyiapkan nye? puas kan? saya pun pernah wat hulu sendiri, jawa demam lagi. bila dah siap letak depan tv. orang tengok tv kita tengok hasil kerja kita. best best!
Sekejap jer, lebih kurang 45 minit satu,pertama kali buat sendiri. Puas hati.
boleh nyatakan harga bagi setiap permata gemunggal. saya hanya minat dengan gemunggal yang cikgu paparkan. tq.
RM30.00 sahaja
Post a Comment