Hari ini 10 bilah lagi tempahan pisau melapah saya dengan Cikgu Aswawi telah siap. Nampaknya tukang besi sudah mula percaya dengan saya. Sebelum ini tempoh untuk menyiapkan 5 bilah pisau melapah memakan masa sampai 3 bulan. Tetapi kini 10 bilah hanya memakan masa seminggu sahaja. Tempahan dengan Cikgu Aswawi dibuat oleh tukang Melayu di seberang Sungai Golok.
Tempahan pisau melapah dgn usaha sahabat karib sayaCikgu Arjunaidi juga sudah seminggu siap. Tapi tak sempat nak mengambilnya kerana sahabat saya ni pergi makan angin di KL. Kalau tak ada halangan esok akan sampai ke tangan saya sebanyak 10 bilah lagi. Manakala tempahan dengan C.Arjunaidi pula dibuat di Pasir Mas.
Saya sendiri menempah pisau melapah dari tukang muda di Jelawat, Bachok dan juga dari tukang tua di Kg. Perangkap P.Mas .
Kesimpulan yang boleh saya buat ialah rupa pisau sama ada dari segi bentuk, ketajaman dan keseniannya berbeza-beza mengikut tangan tukangnya. Begitu juga dengan harganya. Saya berbangga kerana membantu menghidupkan industri ini.
Thursday, December 13, 2007
Pisau Melapah
Posted by Mohd Nasir at 3:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment