sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, December 31, 2007

Buku Rahsia Keris Dan Senjata Warisan Melayu

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membuat tempahan Buku Keris dan Senjata Melayu diseluruh negara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Berbekalkan kualiti dan nilai ilmu yang terdapat didalamnya maka saya berani mengatakan bahawa pada Edisi kedua buku ini akan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding sekarang. Buku ini mengandungi 314 mukasurat dengan kertas bermutu tinggi serta cover yang menarik.



Buku yang dikarang dan diterbitkan oleh anak Melayu Kelantan ini adalah original dan seratus peratus dibuat berdasarkan kaca mata seorang Melayu tanpa merujuk kepada pendapat orientalis. Jika anda membeli sebilah keris berharga seribu ringgit, anda hanya dapat memiliki hanya sebilah keris, tetapi jika saudara memiliki buku ini saudara memiliki ilmu ratusan keris dan senjata Melayu yang lain.

Konsep Blog...terima kasih sahabat

Ada juga rakan-rakan dan sahabat yang menasihati saya agar menjadikan blog saya ini betul-betul jelas apakah konsepnya. Ada juga yang menasihati agar menggunakan domain yang berbayar agar lebih selamat.

Menjawab saranan pertama,
Saya mengucapkan ribuan terma kasih kepada sahabat yang prihatin tentang blog saya. Sebenarnya saya selesa dengan konsep cacar marba ini. Sambil bersembang saya menjual produk saya kepada sahabat-sahabat. Di dalamnya kadangkala ada sedikit info, kadangkala ada cerita dan sekali-sekali ada tip-tip baru untuk dikongsi bersama.

Menjawab saranan kedua,
Insyaallah saya akan membeli domain sendiri dalam seminggu dua lagi. InsyaAllah walaupun berpindah ke domain baru nama Cikgu Nasir akan terus digunakan walaupun dari sudut strategi perniagaan internet agak sukar untuk disearch oleh trafik yang mencari keris. Walau bagaimanapun saya percaya jika ada rezeki mereka akan berjumpa juga dengan laman saya ini.

Saturday, December 29, 2007

Keris

Mengapa Melayu bangga dengan kerisnya? Itu adalah salah satu persolan yang sering ditanyakan oleh anak-anak muda kita dan juga mereka yang tidak mengerti tentang akar budaya bangsa sendiri.

Kadang-kadang memalukan bila melihat ada Melayu menggunakan keris untuk memotong kek. Lebih memalukan lagi bila orang-orang silat sendiri jahil tentang keris. Silat Melayu tidak boleh dipisahkan dengan keris. Jika silat Melayu tak mengajarkan cara dan adab berkeris, bukankah amat janggal. Panglima dan pendekar Melayu dahulu biasanya menyelitkan keris di pinggang mereka. Mustahil mereka tidak tahu berkeris.

Tapi mengapa banyak silat warisan panglima-panglima hebat ini tidak mengajar berkeris. Anehkan. Apalah Melayu jika hilang kerisnya.

Friday, December 28, 2007

Permata Teras Gemunggal


Inilah hasil kerja tangan pertama saya. Hari ini saya telah berjaya menyiapkan 3 biji permata teras gemunggal untuk memenuhi hasrat sahabat saya dari Penang dengan nama glamornya Pulau 100. Mungkin kurang cantik berbanding tukang canai permata profesional tapi saya nekad untuk mencanainya sendiri kerana bosan dengan karenah kelewatan sahabat-sahabat tukang.
Saiz paling kecil saya buat khusus untuk Pulau 100, yang tengah belum di miliki, manakala yang paling besar dan tinggi itu saya punya. Saya nak buat kejutan kepada rakan-rakan kerana belum pernah orang buat permata begitu tinggi dan nipis. Bila saya buat sendiri saya boleh buat mengikut naluri saya, kalau tidak segan juga nak mengada-ngada dengan tukang.Walau bagaimanapun saya kurang berjaya apabila mencanai batu berbanding kayu.

Thursday, December 27, 2007

Kristal Mentah ( belum dipotong)



Inilah antara bentuk-bentuk kristal (permata) yang terdapat di Malaysia. Kecantikan batu-batu bukit ini telah menyebabkan ramai peminat batu permata yang sanggup mendaki bukit dan meredah hutan belantara untuk mendapatkannya. Batu-batu ini masih dalam keadaan asal. Gabungan pencari batu, tukang canai dan tukang perak maka akan terbentuklah satu cincin yang kadangkala harganya mencecah ribuan ringgit. Allahukabar



Yellow Opal RM400.00


Kemuning Hitam Unik


Ini adalah salah satu daripada teras-teras kemuning hitam yang unik, suatu masa dahulu teras kemuning yang berbentuk lembaga sahaja yang bernilai. Jika diamati betul-betul kemuning ini menyerupai bentuk ikan. Allahukabar.

Tasbih Teras Gemungga( kilo)l dan Teras Kemuning Hitam

Inilah rupanya tasbih-tasbih yang telah lama saya tempah, walaupun banyak halangan dan rintangan akhirnya siap juga. Tapi inilah sahaja yang tinggal, sebaik sahaja siap terus diambil oleh rakan-rakan yang telah lama menunggu hingga sebahagiannya sudah hilang sabar.

Teras gemunggal hanya tinggal satu sahaja. Ini kerana kalau mengikut perkiraan saya yang tak begitu mahir matematik harganya teramat murah. Biasanya sebiji permata teras gemunggal dijual antara RM50.00 hingga RM80.00, Bayangkan jika anda memiliki 33 biji tasbih campur dengan rumahnya sekali pada harga RM300.00

Manakala tasbih Teras kemuning hitam tinggal 2 sahaja kerana telah dibooking oleh rakan-rakan guru di sekolah saya. Harganya RM250.00

Tongkat Teras Kemuning Hitam Kepala Burung RM299.00 ( Tak termasuk pos) SOLD OUT




Tongkat teras kemuning Hitam 39 inci
Kepala Tongkat motif kepala burung
Kategori Unik/Rare Produk

Tongkat Teras Kemuning Hitam

Tongkat daripada teras kemuning hitam biasanya ditemui secara semulajadi di dalam hutan di hulu Kelantan seperti Dabong, Gua MUsang dan juga di kawasan sekitar Merapoh, Pahang. Bentuk asal biasanya dikekalkan dan hanya sedikit proses "finishing" dilakukan untuk menjadikan ia sesuai untuk di pegang dan sesuai dibawa ke dalam semua majlis.

Untuk mendapatkan tongkat dalam bentuk semulajadi biasanya bergantung kepada nasib sahaja. Pada satu ketika hanya dahulu teras-teras kemuning yang mempunyai imej sahaja yang diambil untuk disimpan. Walau bagaimanapun masa sudah berubah, asalkan teras kemuning hitam sahaja ia amat bernilai sama ada dari segi perubatan dan juga perhiasan.

Saya masih mempunyai dua lagi tongkat teras kemuning yang belum dipastekan dalam blog. Biar sahabat suspen dan ternanti-nanti, baru seronok sikit. Saya rasa harga yang saya tawarkan dalam blog ini sukar untuk ditandingi. ( tak boleh jadi jutawan kalau nak harapkan jual teras kemuning)Wallahualam.

Wednesday, December 26, 2007

Tongkat Kemuning Hitam RM299.90 (Sold Out)


Tongkat Teras Kayu Kemuning Hitam
Panjang Keseluruhan 40 inci

Sparring persahabatan...




Kad Keahlian.....dah jumpa semula!!!


Ini adalah kad keahlian silat saya yang dikeluarkan pada tahun 1986. Kad ini dikeluarkan oleh PSSGGM yang berpusat di Gurun dan di tandatangani oleh Pak Andak Majid. Dah tua-tua begini mengingati semula zaman remaja, alangkah seronoknya.

Tuesday, December 25, 2007

Keris Apa? RM800.00





Inilah satu-satunya keris milik saya yang tak boleh nak dinamakan apa jenisnya, walaupun ia keris antik ia adalah unik sedikit. Nak dikatakan pandai sarh bukan, bugis pun bukan, anak alang jauh sekali.



Panjang keseluruhan 16 inci
Mata 13 inci
Sarung kayu Sena

Kerja Kursus Pelajar Kolej Mara Banting

Ini adalah antara foto-foto yang dikirimkan oleh pelajar-pelajar Kolej Mara Banting pada saya untuk diabadikan sebagai kenangan.

Tanggal 15/12/2007 beberapa pelajar dari Kolej Mara Banting telah bermalam di Gelora Beach Resort Kubang Golok Bachok Kelatan. Mereka dalam misi menyiapkan tugasan / kerja kursus mereka.

Pelajar-pelajar ini telah menghubungi saya melalui telefon lebih kurang sebulan sebelum tarikh ini dan meminta saya menempah chalet dan sebagainya. Walaupun tersangat sibuk saya gagahkan juga membantu mereka.

Dengan bantuan beberapa pesilat yang ada ( musim banjir) saya telah cuba sedaya-upaya memenuhi hasrat mereka semua sekadar yang mampu. Walau bagaimanapun saya menasihati mereka agar menapis dan menyunting dengan cermat bahan yang mereka ada. Ini kerana tidak semua perkara boleh dijadikan assigment.

Green Tourmaline Milik Herman

Inilah hasilnya. Gabungan permata green tourmaline dan kerjatangan tukang perak ( Jak) dari Rosdi Kedai Emas Panji. Cincin perak ini saya usahakan untuk memenuhi hasrat sahabat dari KL yang teruja dengan Citrine pahat tebuk bunga jawa baru-baru ini.


Untuk mencari kelainan bagi tempahan kali ini saya syorkan hanya ikatan perak pahat bunga jawa sahaja tanpa ditebuk. Ini adalah antara green tourmaline yang agak baik kualitinya yang mampu saya perolehi pada harga mampu milik.

Tolong simpan

Pengalaman hidup seseorang adalah berbeza-beza. Kenyataan ini adalah pasti dan tidak boleh disangkal lagi. Begitu juga pengalaman seseorang dengan senjata warisan Melayu sama ada keris, badik, lembing dan sebagainya.

Setakat ini saya telah menerima dan mendengar beberapa kes yang agak aneh yang dialami oleh sahabat-sahabat berkaitan dengan senjata mereka ( mungkin kebetulan). Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut ada juga sahabat-sahabat yang meminta pertolongan saya untuk tolong menyimpan barangan milik mereka.

Berusaha berubat dan berikhtiar untuk menyelesaikan masalah adalah usaha yang seharusnya kita lakukan di samping doa dan tawakkal kepada Allah.

Keris dan mistik

Terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam penjualan keris. Secara mudahnya saya bahagikan kepada tiga kaedah yang mudah difahami :

1. Menjual keris dari sudut keindahan seni dan fizikal keris
2. Menjual keris bersama-sama dengan cerita keris (sejarah)
3. Menjual keris bersama-sama dengan cerita mistik(kuasa keris/power)

Ketiga-tiga kaedah ini wujud hasil daripada jalinan kehendak pembeli dan penjual. Bagi peniaga keris, matlamat mereka ( contohnya saya) adalah untuk menjual produk mereka untuk mendapatkan keuntungan. Manakala bagi pembeli pula mereka ingin memiliki keris atas sebab-sebab dan faktor tertentu bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

Sehubungan itu peniaga akan sedaya upaya cuba untuk memenuhi hajat pelanggan dengan membekalkan keris yang sesuai mengikut kepercayaan dan saiz poket(pitis) mereka.

Ada juga rakan yang membeli keris dengan harga RM2500.00 kerana percaya bahawa keris tersebut mempunyai kuasa mistik bagi mengawal kediamannya (penjaga rumah) berdasarkan tanda-tanda dan struktur pamor keris. Akhirnya sahabat tersebut mengamuk dan telah menjualkan keris tersebut kerana rumahnya di masuki pencuri minggu lepas. Nasib baik keris itu pun tak dicurinya.

Makan keris.....

Inilah foto yang sempat saya rakamkan semasa menjalankan operasi memujuk rakan saya untuk menjualkan hulu tajongnya kepada saya untuk menyelesaikan urusan saya dengan seorang sahabat dari Johor. Walaupun agak keberatan kerana kesukaran untuk mendapatkan hulu tajong berkualiti beliau akhirnya mengalah.

Urusan ini berjalan melalui pertukaran wang dan juga pertukaran mata keris. Sebagai pertukaran saya telah membayar sebanyak RM300.00 dan juga memberikanya sebilah mata keris pandai sarah yang dihajatinya bagi melengkapkan Tajong miliknya.

Hulu Tajong











Hulu Tajong Suasa







Hulu Tajong Suasa




Monday, December 24, 2007

Aktiviti malam....di laman rumah



Ini adalah rutin ku pada setiap malam selasa , saban minggu, bulan dan tahun. Saya bersama beberapa orang anak buah, kekadang ramai, kekadang hanya dua tiga kerat bergasak untuk mengeluarkan peluh.
Anak-anak murid saya ni memang suka berlatih sparring secara keras, mereka juga tak suka pakai pelindung badan.
Akhir sekali bila jam menunjukkan pukul 12 malam , kami minum sambil bersembang. Itulah rutin saya sejak 24 tahun lepas.