sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, January 31, 2008

Keris Gelanggang Mata Pamor RM320.00 (SOLD OUT)



Keris Gelanggang Mata Pamor
Panjang Keseluruhan 14 inci
Panjang mata 10 inci + ulu 3 inci




Badik Rencong Sarung Tanduk RM800.00(SOLD OUT)


Badik Rencong Sarung Tanduk Kerbau Antik
Panjang keseluruhan !7inci
Mata 12 inci.

Keris Dada Upih Antik RM650.00 ( SOLD OUT )



Panjang Keseluruhan 17 inci
Mata 15 inci
Sarung Kayu Angsana
Mata antik pamor dada upih

Keris Gelanggang ( baru siap)

Wednesday, January 30, 2008

Membuat keputusan......

Dalam perjalanan menuju puncak, kita seringkali dihadapkan dengan situasi untuk membuat pilihan. Dalam situasi ini beberapa faktor perlu diambil kira sebelum menbuat keputusan muktamad. Antara faktor-faktor itu ialah tanya rakan-rakan, hati, akal dan juga Tuhan. Tidak selalunya keputusan yang kita buat adalah tepat dan betul. Apabila keadaan ini berlaku maka sebagai insan yang hina,daif fakir dan lemah sewajarnya kita mengambil langkah baru sama ada memohon maaf jika berkaitan dengan manusia lain, bertaubat dengan Tuhan jika melakukan dosa.

Sehubungan itu jangan sesekali kita mendiamkan diri dan bertukar menjadi pasif kerana kesalahan yang kita lakukan. Anggaplah ia sebagai satu ujian ke atas diri kita . Anggaplah Tuhan sayangkan kita kerana Dia sudi menguji kita dan tidak membiarkan kita hanyut dan syok sendiri sahaja.

Tuesday, January 29, 2008

Menciluk

Dalam kesibukan kerja harian sebagai seorang guru dan jurulatih silat saya curi-curi masa untuk menghubungi pembekal-pembekal saya bertanyakan tempahan senjata sama ada dah sudah siap atau belum. Dalam minggu ini aktiviti petang saya sudah fullllll.... dgn mengajar silat di kolej Polytech MARA Kota Bharu.

Tapi Alhamdulillah kerana sudah biasa membuat pelbagai kerja dalam satu masa saya masih sempat menguruskan tempahan, pengeposan(walaupun lewat sehari),menguruskan seminar diempat tempat yang berbeza dlm minggu ini, menguruskan tempahan uniform silat (hampir setiap hari) melayan karenah student silat saya yang bertandang ke rumah dan kadang kala mengemaskini blog sebelum subuh.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang bertanyakan soalan-soalan berkenaan cincin dan senjata. Oleh kerana ilmu yang ada di dada amat terhad, saya hanya dapat membantu sekadar mampu sahaja. Untuk makluman saya menerima paling kurang 50 SMS sehari dan berbebelas-belas email berkaitan dengan topik di atas. Maaf di pinta jika kadangkala jawapan lewat di beri dan juga jawapan yang tidak memuaskan hati. Begitu juga dengan peerminaan yang kadangkala tidak dapat dipenuhi kerana kekangan kewangan, masa dan juga ilmu. Terima kasih semua atas sokongan dan kerjasama.

Parang Jambul/Calung/Jenguk Tempahan Khas Cikgu Zaidi (SOLD OUT)


Kalau ada sahabat yang berminat boleh berhubung terus dengan saya. Harga amat istimewa.

Pendokok Perak Lambang Keakraban Ulu & Bilah (SOLD OUT)



Sunday, January 27, 2008

Kursus Pembuatan Cincin Perak,

Setelah hampir 2 bulan berlalu, rancangan untuk mengadakan kursus pembuatan cincin perak gagal dilaksanakan kerana tak cukup penyertaan. Walau bagaimanapun hanya dengan satu panggilan telefon daripada Tuan Hj.Sumari segala-galanya berubah.

Kelantan yang terkenal dengan kehebatan seni pertukangan perak adalah tempat yang paling sesuai untuk menimba ilmu. Realiti masa kini upah menyiapkan sebentuk cincin perak di negeri-negeri lain mungkin 2 hingga 3 kali ganda harganya, ini belum lagi dinilai dari sudut kualitinya.
Kursus pembuatan cincin perak yang dikendalikan oleh Cikgu Zuki merupakan satu kursus istimewa yang hanya menggunakan peralatan moden yang amat minima.

Pada cuti Sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba, Hj Sumari dan rombongannya dari Singapura akan bertandang ke Kelantan untuk mengikti kursus tersebut. Diharap persahabatan yang terjalin akan melampau batas sempadan.

Friday, January 25, 2008

Kelewang...sambungan

Pada zaman dahulu masyarakat Kelantan sering bergaduh di tempat-tempat hiburan seperti pertunjukan wayang kulit dan dikir barat. Bagi yang membawa kelewang mereka biasanya dengan selamba menjadikannya sebagai lapik duduk tanpa disedari oleh musuh-musuh mereka.

Bagi mereka yang taksub dengan kelewang, banyak benda magis dimasukkan pada kelewang. Antarannya dimasukkan biji-biji besi kuning pada bahagian berhampiran jambul untuk mencantikkan kelewang. Pendek kata kelewang amat rapat dengan masyarakat/generasi tua Kelantan

Thursday, January 24, 2008

Foto Kelewang Kelantan


Kelewang Kelantan. Senjata ini amat popular dan menjadi kegemaran masyarakat kelantan di samping kapak. Ini kerana apabila menetak ia lebih stabil. Tedapat sejenis lagi kelewang yang dipanggil kelewang jambul. Bezanya hanya tambahan jambul pada bahagian atas sahaja.
Kadang-kadang bahagian hujung kelewang dicucuk pada benda-benda seperti putik kelapa yang saiznya lebih kecil daripada penumbuk. Ini dilakukan katika kelewang ini dibawa berjalan dalam kumpulan atau kawasan orang ramai. Ini kerana hujungnya yang tajam dikhuatiri akan tercucuk kepada orang yang berada berdekatan.

Golok Hulu Kepala Burung Retak Seribu RM1600.00





Golok Hulu Kepala Burung Retak Seribu
Panjang Keseluruhan 18 inci
Panjang Mata 12 inci
Hulu dan Sarung Kayu Kemuning
* Sarung hasil air tangan Pak Kob.
* Tempahan sebelum Februari akan diberikan diskaun 10%

Wednesday, January 23, 2008

Minyak Cendana

Minyak cendana Gred AA+ nampaknya mula mendapat perhatian daripada sahabat-sahabat yang ingin merawat keris. Saya sedaya upaya akan cuba untuk menjadikan packaging minyak cendana ini unik dan terhad.

Selepas ini insyaAllah packaging akan ditukar kepada bentuk lain dan tidak akan dikeluarkan lagi bentuk kotak kayu seperti sekarang . Saya bercadang menjadikan kegilaan kepada keris ini satu hobi yang ekslusif dan berada pada tahap high class yang melambangkan ketinggian budi, seni dan bangsa Melayu

Chatting Box

Nampaknya saya terpaksa membuang perkhidmatan chatting box dalam blog saya buat sementara waktu. Saya terpaksa melakukan kerana banyak aduan sahabat-sahabat yang kurang senang dengan gelagat sesetengah pengunjung yang tidak menghormati perasaan peminat, collector keris dan juga tuan rumah.

Bukan niat saya untuk bermusuh dengan sesiapa, tetapi wajarkah minat dan hobi kami dipermain-mainkan. Jadi setelah berfikir panjang maka saya membuat keputusan untuk "delete" sementara waktu perkhidmatan chatting box.


Orang berperahu kita bersampan
Perahu kolek kemudi di depan
Bukan begitu adat berkawan
Arus air jangan dilawan

Teras Delima

Alhamdulillah, kesemua tasbih teras delima telah habis dijual dalam masa sehari. Kepada sahabat yang gagal memperolehinya insyaAllah jika ada stok baru akan saya hebahkan dalam blog ini. Apabila saya memasukkan gambar tasbih tersebut ke dalam blog pada malam hari, awal-awal pagi sudah ada sahabat-sahabat yang menempah. Terima kasih atas sokongan semua.

Melela Antik Lok 5 RM2400.00





Keris Melela Antik Lok 5
Panjang keseluruhan . 17 inci
Panjang mata 12 inci
Sarung dan hulu kayu kemuning

R 0029 Keris Tok Chu Kusriwa Baru RM1900.00

Saturday, January 19, 2008

Maaf kepada sahabat yang meminta....

Saya memohon berbanyak maaf kepada beberapa sahabat yang inginkan gambar keris melela. Keris melela ada satu dalam simpanan , mungkin kerana kesibukan saya terlupa untuk memasukkannya kedalam blog. Saya dah beberapa kali berjanji kepada sahabat-sahabata semua. InsyaAllah akan saya masukkan dalam masa terdekat jika tidak ada aral melintang.

Teras Delima RM200.00 ( SOLD OUT )


Air suam


Selepas 2 minit
Tasbih teras delima, dikatakan baik untuk demam panas. Stok sangat terhad dan sukar diperolehi. Jadikan ia sebagai hadiah untuk sahabat anda yang paling istimewa.

Friday, January 18, 2008

Al Fatihah

Datin Faridah, balu allayarham Meor Rahman telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2.00 19 Januari 2008.

Sarung Berkualiti....peritnya

Untuk mendapatkan sarung keris/badik/golok yang berkualiti amat memeritkan. Jika tidak sabar mahu rasanya buat sarung dengan kertas kadbod atau balut dengan kertas surat khabar lama sahaja. Ini kerana kerja membuat sarung merupakan kerja seni yang tidak boleh dipaksa-paksa atau digesa.

Sebagai peniaga yang berada di tengah-tengah antara penempah dan tukang, saya sentiasa berada dalam dilema. Penempah sarung inginkan hasil yang berkualiti, cepat dan murah. Sebaliknya tukang sarung akan bekerja apabila moodnya baik, kemudian mengikut giliran serta menghadapi masalah mencari kayu-kayu berkualiti dan tidak tergesa-gesa.

Pengalaman saya untuk dikongsi bersama pada posting kali ini ialah kisah saya pada hari ini jumaat 18/01/2008. Selepas solat jumaat saya ke rumah tukang sarung di Semerak kira kira 24 km dari rumah bersama seorang teman. Sebaik sampai saya bergegas berjumpa dengan tukang tua tersohor Pak Su Zainon, malangnya jawapan pertama yang saya terima ialah ia tidak lagi bertukang untuk orang lain, sebaliknya untuk koleksi peribadinya sahaja.

Kemudian saya beralih kepada anak saudaranya yang juga merupakan tukang sarung yang handal iaitu Nik Pa. Sambil bersembang, minum petang dan berborak pasal keris, badik dan golok, ia menceritakan kepada saya bahawa ia sudah 3 bulan tidak bertukang kerana ada komitmen lain yang perlu dibereskan. Setelah dipujuk Nik Pa bersetuju untuk membuat sarung badik rencong saya pada bulan Mac nanti dan dijangka siap pada awal bulan April. Aduuuh !! lamanya perlu menunggu. Sabaaarlah wahai diri terperi.

Thursday, January 17, 2008

Jarum Mas RM400.00







Jarum Emas RM400.00 (SOLD OUT)

Badik(no.5) RM2900.00




Panjang 14 inci
Kategori antik
Sarung Kemuning

Wednesday, January 16, 2008