sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, April 07, 2008

Tekpi buatan tangan En.Mat Noor UPSI







Alhamdulillah, berakhirnya penantian selama hampir setahun untuk projek tekpi saya dan Shahril Nizam, setelah hampir semua tukang di Kelantan menolak tempahan saya. Jika ada yang menerima pun upahnya sangat tidak berbaloi. Takdir menemukan saya dengan En.Mat Noor seorang pensyarah UPSI yang mengajar dalam bidang rekebentuk industri. Beliau juga mengalami nasib yang sama dengan saya.
Akhirnya setelah "fed up" dengan tukang-tukang, beliau beberapa kali mencuba kaedah, penempaan tekpi secara moden. En. Mat Noor telah menemui satu kaedah untuk mekekatkan sambungan tekpi dengan baik. Saya telah uji tekpi ini dengan tongkat dan juga pedang. Nampaknya sampel tekpi ini kukuh dan stabil. Ia juga senang dipusing.Walau bagaimanapun ia masih lagi boleh dicantikkan dengan menggunakan kertas pasir.
Tentang harga saya belum berbincang dengan En.Mat Noor. InsyaAllah jika rakan-rakan yang menempah setuju dan puas hati dengan designnya saya akan mula membuat tempahan.
Untuk makluman En.Mat Noor telah menghabiskan modal yang besar untuk meyediakan peralatan bagi menjayakan misi saya. Terima kasih daun keladi.




1 comment:

Anonymous said...

salam,

cantik buatannya, jika sekiranya 'hulu' dibalut dengan sesuatu, seperti tali jut / gasing maka keseriannya akan teserlah...
cikgu, lagi 1, saya nak tahu kadar 'sumbing' yang ada pada tekpi setelah menangkis parang / pedang, kadar 'sumbing' boleh menunjukkan kekerasan besi tekpi...

sekian terima kasih