Inilah projek lading berhulukan kemuning hitam yang pertama berjaya disiapkan.
Untuk memenuhi kriteria seni serta nilai perubatan saya memilih kemuning hitam untuk hulunya.
Tambahan pula untuk mendapatkan tanduk kerbau betina menjadi satu masalah kepada saya yang sentiasa sibuk. Hendak bela kerbau lambat, kena tunggu 3 tahun baru boleh sembelih. Walau bagaimanapun hulu kemuning hitam ini tidaklah perfect, kerana ada sedikit retak halus.
Kepada penempah lading yang pertama iaitu saudara Aidil dan rakannya InsyaAllah dalam sehari dua lagi akan siap sepenuhnya.Saya bercadang untuk menjual lading ini pada harga RM170.00/siap pos
2 comments:
Salam
Cgu
Saya masih lagi ingin tahu mengenai kemuning hitam ini....bagaimana nak memastikan ia kemuning hitam? ada beza tak hiranya dengan kemuning biasa? selain dari warna yg hitam...bagaimana nak memastikan jika kayu yg kita ada tu dari jenis kemuning hitam?
peace
maaf cikgu....buatan parang lading ini adalah salah....teknik permainan lading akan enjadi janggal dgn bentuk fizikal parang lading ini..
Post a Comment