Ada sesetengan Melayu yang sangat-sangat membenci keris, pelbagai tohmohan dilemparkan kepada keris. Puaka, khurafat, jembalang dan pelbagai lagi nama buruk dilabelkan bagi keris. Kita lupa bahawa keris ialah satu-satunya warisan Melayu yang mempunyai rahsia kebijaksanaan Bangsa Melayu yang sukar dimengeri oleh mereka yang jahil dan buta hatinya.
Jika kita menghayati proses penempaan keris dari awal hinggalah sampai kepada prosess mencuci selepas disarungkan dengan kayu - kayu terbaik, nescayalah akan terbuka hati kita untuk memiliki keris, cerita-cerita tahyul disebalik kehebatan keris boleh kita tangkis dengan ilmu agama dan aqidah yang teguh. Bukan hanya keris sahaja yang berpuaka, kasut buruk kita pun kalau kita puja dan percaya ia berpuaka maka jadi puakalah ia. Ini berlaku kerana syaitan akan mengambil kesempatan atas kelemahan dan kedunguan kita. Mungkin nampak dan kedengaran kasar sedikit entry ini, tapi hakikatnya jika memusnahkan khazanah warisan Bangsa kita dari dalam maka lebih cepatlah ia luput dari alam ini.
Sunday, April 06, 2008
Kenapa benci sangat kat keris....
Posted by Mohd Nasir at 2:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Biarlah siluncai terjun ke laut dengan labunya cikgu, barangkali syaitan dah berjaya menghasut mereka2 tersebut agar memusuhi senjata warisan bangsa. Ada pepatah mengatakan, apabila bangsa mula melupakan akar umbinya maka bangsa itu akan mula rosak dan hilang identiti diri, maka jadilah ia melayu yang meniru peradaban bangsa lain hingga melupuskan terus jatidiri mereka sebagai seorang melayu Islam yang sejati. Mereka mudah lupa bahawa yang berjuang menentang penjajah kuffar dulu adalah nenek moyang kita yang bersenjatakan keris, sudang, lembing, lela rentaka, pemuras, kapak kecil dan banyak lagi... manusia yang tiada identiti tidak akan pergi ke mana pun. Mereka lupa dan buta sejarah silam betapa kerajaan Melayu dahulu adalah hebat dan gagah perkasa kerana kefahaman yang tinggi dalam bidang tasauf, hinggakan apabila keris telah terhunus daripada warangkanya, hulubalang tersebut menyerahkan bulat2 dirinya kepada Allah Ta'ala. Segala perbuatan adalah kerana Allah Ta'ala, maka jika ia mati pada waktu tersebut, matinya kerana Allah Ta'ala. Mereka lupa ketinggian falsafah hulubalang melayu yang bersendikan pedoman tasauf. Bila melayu mula lupa akan jatidiri, lupa kepada asal kejadian "Melayu", lupa amanah yang perlu ditanggung bangsa Melayu maka inilah kejayaan besar oleh Iblis dan syaitan. Mereka lupa sebab utama Kerajaan Melayu dahulu dijajah... sayangnya. Bila kepala sudah selalu di isi dengan hantu jembalang, maka jangan heran besok anakpun perangai serupa jembalang.
Orang jumud begitu sudah tidak dapat diselamatkan, hanya Allah Ta'ala sahaja yang melarakan. InsyaAllah.
Salam
Terima kasih saudara Syahir kerana memberi satu 'counter attack' yg menarik. Penerangan tersebut kalau dapat mereka yg taksub tu membacanya lebih baik. Mereka tak tahu ATMA UKM sedang mengkaji mengenai keris, begitu juga Pengajian Melayu di UM. Sayang, orang begitu, sempit sangat minda mereka...padahal orang akademik sendiri memberi tempat yg tinggi terhadap keris. Tapi mungkin juga ada orang akademik lain yg begitu...
peace
Silap Orang kita jugak Mengunakan Keris Untuk Tujuan Tak baik seperti Sihir dll....
Tapi Digunakan Sebagai Senjata dan Lambang Kuasa tak per lah...
em mcm2..sy pun pernah rasa bagaimana saudara sendiri pandang sy semacam "org yg bersalah" bila mereka tahu sy mempunyai keris.kenapa ya?mereka katakan keris ni zaman dulu je pakai.wat tikam org.skg ni polis da ada..tak pyh susah2 pakai senjata.emm..agak kurang kuat alasan yg sy terima tu.tak munasabah bukan?adakah keris diguna untuk tikam org semata2??bagi sy tidak.keris bukan sja untuk pertahankan diri.tapi nilai estetika yg ada pada warisan bangsa melayu itu sendiri.puas sy diperli.tapi sy buat tak tahu jela.malas berdebat dgn org yg tak de asas.sudahnya kita yg penatkan?lantak dorg la nk kata apa.bukan sy simpan hantu jembalang pun.hahahaha..
Post a Comment