sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, April 05, 2008

Apabila semakin tua....

Hari ini saya berkesempatan berkumpul semula setelah hampir 15 tahun tidak bersembang bersama-sama dengan 2 orang rakan karib semasa di universiti dulu. Apabila umur semua dah mencecah 40 tahun dan ke atas satu perkara yang saya dapati ada persamaan, iaitu semunya kembali kepada akar bangsanya semula.

Seorang rakan saya iaitu cikgu Fauzi di samping megajar fizik di sekolah turut dikenali di bandar Kota Bharu sebagai seorang penjual batu-batu permata. Manakala seorang lagi , juga seorang guru siswazah yang serius dalam urusan jual beli keris.

Hari ini juga saya menghabiskan sedikit masa dengan mengunjungi rakan-rakan sealiran yang banyak menjual produk alamiah di Medan Siti Khadijah. Hari ini juga saya membeli sepotong lagi kayu kemuning hitam untuk bekalan hulu keris dan badik saya. Kalau tidak ada aral minggu depan saya telah berjanji dengan seorang sahabat untuk mendapatkan stok penawar hitam dan kayu guni hitam. Itulah untungnya ramai sahabat.

No comments: