sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, April 14, 2008

Raja Kayu

Raja kayu terbahagi dua, iaitu Raja Kayu Putih Dan Raja Kayu Merah. Biasanya di sekitar pokok raja kayu tidak tumbuh pokok-pokok lain. Walau bagaimanapun raja kayu putih milik saya bukanlah saya sendiri yang masuk hutan dan menjumpainya. Ia ditemui oleh seorang sahabat sekitar tahun 90-an.

Saya memaharkannya berasaskan keyakinan kepada nilai persahabatan saya dengannya. Ia juga telah menguji penggunaan kayu ini untuk merawat isterinya yang digigit tebuan, Alhamduliilah dalam masa setengah jam ia berhasil.

Seorang lagi sahabat saya ( yang menemukan saya dgn kayu ini) ialah seorang pegawai perubatan disebuah klinik kerajaan. Menurut ceritanya ia telah merawat kes keracunan makanan dengan memberi minum air rendaman kayu ini kepada beberapa pesakit, Alhamdulillah berhasil.

Saya tak berani nak jamin khasiat dan keaslian produk ini kerana bukan saya sendiri yang menjumpai dan menebangnya di dalam hutan, tetapi saya menaruh keyakinan padanya atas nilai persahabatan dan kejujuran yang diperlihatkan pemilik asalnya. Wallahualam. Kita berusaha dan bberikhtiar Allah jua yang menyembuhkan dengan kudrat dan iradatnya.

4 comments:

MadangSisik said...

Raja kayu,Ckg kalau di Brunei di panggil Kayu tolong-tolong. Yang merah kekuningan ialah laki dan yang puteh kekuningan adalah bini.Istilah jantina lelaki dan perempuan.Allah menjadi sesuatu makhluk itu berpasang pasangan begitu juga kayu ckg.Semua ada lawannya.Mengenai kegunaanya boleh menyembuh racun gigitan berbisa gatal-gatal dan sakit perut adalah benar ckg.Dari pengelaman yang dihadapi.Semua yang dijadikan oleh tuhan ada hikmahnya. Ia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Terpulang kita manusia yang berfikir.Subhanallah.

asba said...

assalamualaikum en. Said.... Raja kayu yg kita semua tahu itu sebenarnya bukanlah sejenis pokok kayu tetapi ia merupakan sejenis damar. Ia berasal dari pokok damar minyak (Agathis Alba). Raja kayu ini terdapat hanya pada dahan dahannya sahaja. Hanya pokok damar minyak yg cukup matang saja mempunyai damarnya " cuba lah kita uji dgn membakar raja kayu ini. Raja Kayu akan cair meleleh seperti kita membakar kemenyan dan tidak akan mengeluarkan abu seperti kayu biasa. pokok damar ini terdapat 10 jenis dipanggil kaum Damar..... Damar hitam, damar hitam bulu, damar hitam gajah, damar katuo, damar laut merah, damar minyak, damar sengkawang putih, damar siput, damar siput jantan dan damar telepuk. damar boleh didapati di kawasan hutan bukit (kawasan hutan peringkat ketiga / hutan kaw tinggi ) kalau en, Said ingin melihat sendiri pokok damar minyak ini.... pergilah ke Janda baik ( di kawasan satu taman rekerasi hutan pokok pine) di sebelah kiri jalan . satu lagi ia lah di air terjun jelai di freaser hill.... di penghujung tapak perkelahan. saya pernah mengambil raja kayu disini. en. Said hanya perlu mencari ranting ranting yg jatuh di bawah pokok sja. sisiplah ranting kayu itu. sekiranya terjumpa kayu berwarna merah cuba lah uji dgn membakar seperti saya jelaskan tadi.

asba said...

CIRI CIRI POKOK DAMAR MINYAL (AGATHIS ALBA)
Pokok ini dahulunya dikenali dgn nama SANUM. Tumbuh di kawasan permatang tinggi. Batangnya besar dan tidak berbanir Kulitnya bersisik sisik, warnanya kelabu . Isinya kelabu atau merah serta berisi minyak pekat, daunnya tebal serta licin, aturannya berkembar, panjangnya 2 1/2inci berbentuk mata lembing atau panjang hujung dan pangkal daunnya.urat daunnya selari dari pangkal sampai hujung kalau di siat, isinya seakan sutera.buahnya pula berukuran 2 hingga 4 inci. berbentuk bulat, berwarna hitam atau unggu bersisik sisik bertindih tindih.dan bersayap setiap bijik benih nya

Anonymous said...

memang benar mereka adalah tuan yang menjaga binatang-binatang di tepi sungai di dalam rimba dari pada ribut yang akan selalu datang