sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, April 09, 2008

Kesian....

Semalam saya sempat meronda sekejap di bandar Kota Bharu, pusing-pusing melihat rakan-rakan berjualan permata dan produk alamiah. Teruja melihat zamrud saya menghampiri seorang peniaga yang mempunyai banyak koleksi cincin permata kynite (biru).

Ditepi saya, turut membelek permata seorang Pak Haji yang turut memakai sebentuk kynite. Penjual tersebut mengatakan bahawa harga kynitenya dijual pada harga yang murah iaitu RM600.00. Terkejutnya saya bukan kepalang. Kerana nilai sebenar kynite tersebut hanyalah sekitar dalam RM130- hinggalah RM200 sahaja.

Kerana tidak puashati dengan harga, saya memepersoalkan kekerasan batu kynite tersebut dan mengatakan bahawa ia mudah retak dan calar, ia bertegas mengatakan bahawa kynite setanding dengan blue sapphire.

Rupa-rupanya Pak Haji disebelah saya baru sahaja membeli kynite tersebut dari penjual berkenaan pada minggu lepas, sebab itulah penjual berkenaan beria-ia mempertahankan benang basahnya. Kesian..... jangan begitu, kesian kawan-kawan yang minat membeli tapi kurang ilmu.

No comments: