sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, April 07, 2008

Keris-Keris Baru Berkualiti

Mungkin sahabat sudah acapkali membaca entry keris baru dan keris lama. Dalam penempaan keris gabungan beberapa perkara amat penting. Antaranya pemilihan jenis besi, rekabentuk keris dan saiz, kualiti sarung dan kayu serta kemahiran dan kehalusan kerja tukang-tukang yang terlibat.

Proses penempaan keris akan terus berlangsung sejak dari zaman dahulu hingga sekarang. Tapi untuk mendapatkan keris yang menjadi sebutan ( terbilang) dan sanjungan amat sedikit. Ini kerana semua elemen diatas jarang dapat dipenuhi sekaligus.

Keunikan seni kerja kraf besi Melayu ialah keris yang terbilang tidak dua dan tiga, hanya satu sahaja. Jadi apabila kita bertemu/terserempak/tersepak/ dengan keris-keris yang berkualiti dan mampu milik jangan kita lepaskan peluang dengan alasan ia keris baru.

Ingatan saya keris antik yang ada pada hari ini juga baru suatu masa dahulu.

Perhatikan kepada kualiti besi, kehalusan kerja pertukangan dan kualiti sarung, tengok poket dan buatlah keputusan.

No comments: