sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, April 05, 2008

Jangan memasukkan hantu ke dalam kepala anak-anak kita

Mendengar tajuk ini mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana caranya kita memasukkan hantu ke dalam kepala anak-anaka kita.

Sudah menjadi tabiat dan amalan dalam masyarakat kita yang suka memomok-momokkan cerita hantu untuk menakutkan anak-anak kita sedari kecil lagi. Ditambah lagi dengan filem-filem seram yang menunjukkan pelbagai jenis rupa hantu. Ada hantu Melayu iaitu pontianak, hantu cina yang melompat-lompat, hantu inggeris yang menghisap darah ( dracula).

Semua gambaran/imej manakutkan ini sudah lekat dan sebati dalam minda anank-anak kita. Pantang terkejut sedikit mereka terus menjerit dan terpekik kerana bagi mereka suasana gelap dan imej yang ada dalam kepala mereka itulah hantu. Mereka juga jadi penakut yang keterlaluan. Salah siapa sebenarnya.......

Fikir-fikirkan.

1 comment:

Hulubalang said...

bila ckp sal hantu semua org takut,cikgu..bila sebut Allah..eh takutkah kita??=)