Dalam kegahairahan sahabat-sahabat mengumpul dan berniaga keris kadangkala ia diwarnai dengan isu-isu kecil tapi hangat dalam dunia mereka yang ekslusif. Antara isu-isunya ialah isu harga, isu cas keting, isu keaslian produk, isu kata mengata dan sebagainya.
Saya pernah diingatkan oleh seorang sahabat tentang karenah dalam perniagaan senjata yang katanya " hujung keris itu tajam dan tak mengenal kawan atau lawan jadi berhati-hatilah". Setelah berkecimpung secara serius sebagai peniaga ( dulu hanya kolektor) kini saya akaui kebenaran kata-katanya.
Dunia perkerisan amatlah kecil jika dibandingkan dengan bilangan penduduk di Nusantara, pusing kiri , pusing kanan kita akan terhidu juga bau peluh kawan-kawan kita. Walaupun matlamat perniagaan ialah untuk mamaksimukan keuntungan, etika, nilai sejagat, harga diri dan suasana harmoni mesti dikekalkan.
Wednesday, April 09, 2008
Dunia perkerisan dan perniagaan
Posted by Mohd Nasir at 3:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment