sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, April 13, 2008

Tip membeli keris antik

Apabila kita hendak membeli keris antik sewajarnya kita mendapat keris antik yang cukup sifatnya. Maksudnya tidak ada unsur-unsur penipuan, tokok tambah atau pengurangan pada keris tersebut. Dalam kontek ini saya menunpukan pada bilah dan hulunya sahaja terlebih dahulu.

Mula-mula buat penelitian pada lok keris tersebut. Perhatikan dengan teliti, dibimbangi ada unsur-unsur "repair pada bilahnya". Perhatikan juga pada hujung keris, biasanya pembaikian akan dilakukan pada hujung keris, kerana jika pernah makan darah ia mudah runtuh.

Akhir sekali cabut ulunya dan perhatikan pada putingnya. Jika ada kerosakan , sama ada repair, patah atau dipotong, minta penjelasan dari penjual. Sewajarnya penjual telah memaklumkan kepada saudara semua kelebihan dan kekurangan pada keris yang nak dijual. Adalah amat tidak seronok jika saudara mendapat tau kekurangan keris yang dibeli daripada orang lain.Wallahualam.

No comments: