Terima kasih atas komen sahabat Shukri, terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlupa nak menjelaskan kepada sahabat semua bagaimana proses mencanai permata daripada kayu. Sebaik sahaja permata siap dicanai proses terakhir batu permata cincin daripada kayu ialah untuk mengilatkannya akar bercahaya dan berseri. Proses ini biasanya menggunakan habuk berlian yang digosok berulang kali sehinggalah kayu tersebut menjadi berkilau-kilau. Tiada lagi rongga-rongga kayu kerana semuanya sudah diselaputi oleh habuk berlian.
Ia juga boleh dikilatkan dengan sejenis daun ( rahsia) . Kesannya juga sama kepada permata teras delima. Kerana ia menutup liang-liang pada kayu dan warna merah dari kayu delima tidak akan keluar. Jika ia keluar ia akan menjadikan permata delima itu pudar dan kusam warnanya.
Jika saudara ingin merendamkan untuk dijadikan ubat bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan kayunya. Amat sayang sekali jika permata itu direndam, kerana ia akan merosakkan kilauannya.
Friday, April 04, 2008
Permata Teras Delima tak merah....
Posted by Mohd Nasir at 2:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment