Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Malangnya persembahan berlangsung sekerat jalan sahaja. Sebabnya ada antara pegawai yang lebih besar dan tinggi pangkatnya dari sahabat saya yang menguruskan program berasakan persembahan tersebut bahaya. Pesilat dan penonton jadi terpingga-pingga apabila juruacara mengumumkan persembahan dihentikan sebaik tamat sahaja persembahan pentas tongkat. Kasihan rakan saya yang menguruskan persembahan dimalukan dikhalayak ramai.
Moral cerita ini ialah, jika bangsa Melayu sendiri tidak memahami apa itu silat di bumi Melayu ini, maka yang disebut-sebut perjuangan untuk memertabatkan bangsa dan agama hanyalah retorik-retorik indah semata-mata.
No comments:
Post a Comment