sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, April 10, 2008

Kecelaruan mental.... antara perubatan moden dan tradisional

Perjalanan hidup saya banyak diwarnai dengan pengalaman mengendalikan dan berurusan dengan masalah kecelaruan mental. Dari sudut perubatan moden terdapat pelbagai sebab kecelaruan mental. Lebih senang kita fahami ialah kerana faktor tekanan hidup . Satu lagi ialah kerana perubahan kimia dalam otak akibat pengambilan dadah sintetik.

Walau bagaimanapun ada juga mereka yang mengalami kecelaruan mental kerana kekeliruan dalam memahami hakikat kehidupan dan penciptaan manusia. Ini lebih dikenali dalam istilah masyarakat kita sebagai gila isim.

Dalam proses pengubatan/berubat pengambilan ubat ubat moden banyak membantu menenangkan pesakit di samping usaha dan ikhtiar secara tradisonal seperti jampi dan doa. Langkah -langkah awal dan segera perlu diambil untuk berubat kerana jika dibiarkan, lama-kelamaan pesakit berasa selesa dengan kehidupan tak normalnya.

Berdoalah kepada tuhan agar keluarga kita dan saudara mara dijauhkan dari penyakit ini. Jika sudah ada berdoalah agar disembuhkan oleh Allah, dan jika saudara sendiri kembalilah kepada yang Satu, laksanakan suruhan dan jauhilah larangan, hiduplah secara normal dan bermasyarakat. Wallahualam

No comments: