sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, April 30, 2008

Saya Bercuti Lagi Ke Pangkor Mulai 1 Mei-3 Mei

Sebarang Tempahan Boleh Hubungi Terus Melalui Telefon/SMS

Lading Hulu Kemuning Hitam ( Projek bersama Syahir )

Inilah projek lading berhulukan kemuning hitam yang pertama berjaya disiapkan.

Untuk memenuhi kriteria seni serta nilai perubatan saya memilih kemuning hitam untuk hulunya.
Tambahan pula untuk mendapatkan tanduk kerbau betina menjadi satu masalah kepada saya yang sentiasa sibuk. Hendak bela kerbau lambat, kena tunggu 3 tahun baru boleh sembelih. Walau bagaimanapun hulu kemuning hitam ini tidaklah perfect, kerana ada sedikit retak halus.
Kepada penempah lading yang pertama iaitu saudara Aidil dan rakannya InsyaAllah dalam sehari dua lagi akan siap sepenuhnya.Saya bercadang untuk menjual lading ini pada harga RM170.00/siap pos

Tuesday, April 29, 2008

Sekadar Kenang-Kenangan




Lajunya penumbuk!!!


Cincin Delima RM1500.00




Cincin perak permata Delima
Lilitan berlian swiss
Saiz 22

Tasbih Teras Gemunggal 33 biji Stok Terbaru RM250.00/utas







Memandangkan permintaan terhadap tasbih teras gemunggal amat menggalakkan saya telah mengorbankan setongkol lagi stok teras gemunggal dalam simpanan saya untuk dijadikan tasbih. Setongkol teras gemunggal seberat 7 kg itu telah menghasilkan 10 utas tasbih 33 biji seperti dalam foto di atas.
InsyaAllah saya akan dapat memenuhi tempahan tasbih sahabat semua kerana telah bertemu dengan tukang canai tasbih yang dedikasi dan cantik hasil kerja tangannya.

Kemuning hitam lagi.....

Mmenuhi permintaan sahabat yang melayari blog, saya menulis lagi tentang teras kemuning hitam. Kali ini tentang cara-cara menggunakannya.

Antara cara yang paling mudah untuk menggunakan kemuning hitam ialah dengan menjadikannya dalam bentuk serbuk. Dalam bentuk serbuk, ia mudah untuk dimasukkan ke dalam air suam bagi mendapatkan enzimnya yang bewarna kuning kehitaman itu. Jadikan ia seperti serbuk teh, kemudian ditapis dan diminum airnya. Ada juga pengamal perubatan tradisional yang memasukkan terus teras kayu kemuning hitam ke dalam cerek mereka. Jadi setiap kali air minuman direbus ia merebus sama teras kayu kemuning .

Cara lain ialah dengan mengasahkannya pada belakang pasu tanah liat atau tembikar. Cara ini lebih menyusahkan dan lambat sedikit . Diingatkan juga kepada sahabat, janganlah diasah cincin yang kita pakai kerana ia akan rosak. Carilah sedikit (sepotong) yang lain untuk masa-masa kecemasan.

Keris Pandai Saras Antik 4 RM1900.00 (SOLD OUT)



Panjang keseluruhan 21 inci
Panjang bilah 18 inci
Sampir Kemuning
Batang serunai sena

Mengapa ada dengki antara kita

Perniagaan,pengumpulan serta pembutan senjata warisan merupakan secebis kisah kehidupan yang mengajar kita erti persahabatan dan persaudaraan bangsa serumpun. Melaluinya kita dapat menzahirkan rasa hati dan kehalusan seni yang terpancar pada budi bicara serta perlakuan kita. Mungkin kekadang ada tersalah silap di sini sana, maklumlah manusia, kita bukannya sempurna. Tetapi jika sudah melampau-lampau kena juga diperbetulkan dan diingat-ingatkan.

Perjalanan kita yang singkat ini janganlah dicemari dengan buruk bahasa dan tingkah laku, jadikan keris sebagai penyatu bangsa bukannya hantu kepada bangsa.

Keris Picit Mataram ( Sekadar Tatapan) NOT FOR SALE







Keris Melela dan Karenah....

Mencari tukang keris yang mempunyai kualiti kerja kelas A amatlah memenatkan. Ini kerana tukang godam dan ketuk agak ramai, tetapi mencari tukang melurah yang halus dan menarik hasil kerja tangannya hanya ada seorang dua sahaja.

Kehebatan kerja seni mereka pula jarang disusuli dengan etika serta disiplin kerja seperti yang kita fikirkan. Walaupun tempahan keris melela datang mencurah-curah kepada saya tetapi sayangnya karenah tukang telah membantutkan semua itu. Bayangkan jika dalam sebulan tak sebilahpun keris melela tempahan sahabat-sahabat yang disiapkannya. Alasannya mudah sahaja ia perlu utamakan keris-kerisnya terlebih dahulu.

Walau apapun penempah terpaksa bersabar kerana hanya mereka yang mampu menghasilkan keris berkualiti dan terbilang.

Pendokok Antik untuk dijual










Harga Pendokok Antik :
No 1 & 2 = RM210.00
No 5 = RM180.00
N0 6 = RM 180.00

Monday, April 28, 2008

Tasbih Raja Kayu Putih

Dalam kursus intensif baru-baru ini seorang peserta telah disengat oleh lipan. Sengatnya masih terpacak kat tangan pesilat berkenaan. Pada mulanya saya bercadang untuk membawanya ke klinik berhampiran. Saranan seorang sahabat agar berikhtiar dulu secara tradisional mengingatkan saya kepada tasbih raja kayu yang dalam beg pakaian saya.

Alhamdulillah nampaknya ia berkesan meredakan kesakitan, dan yang paling penting tak payah bergegas ke klinik yang akan menyebabkan timbul pelbagai-bagai cerita lain yang akan menyusahkan pihak penganjur kursus.

Taklimat selepas sesi latihan terakhir daripada Pengerusi


Pandai Saras Antik (3) RM1800.00( HOLD ON)




Pandai Saras Antik Koleksi Cikgu Arjunaidi
Panjang keseluruhan 22 inci
Panjang bilah 15.5 inci
Sampir kemuning
Batang Serunai Sena

Sunday, April 27, 2008

Terima kasih kerana sabar menanti....

Saya mengucapkan riban terima kasih kepada sahabat-sahabat blog yang sabar menanti dan sentiasa setia dengan blog saya. Kepada sahabat-sahabat yang menempah barang sama ada tasbih, cincin dan juga keris, hari ini saya mula melakukan penghantaran selepas 3 hari tidak berada dirumah disamping masalah talian telefon yang terputus.

Kepada pengirim-pengirim email juga, harap bersabar kerana kotak email saya penuh dan terpaksa menjawab satu-persatu e mail yang dikirimkan. Terima kasih kerana sokongan sahabat semua.

Latihan Malam Bersama Ustaz Khalid






Sekitar Kursus Intensif Gayong Warisan Serantau Negeri Kelantan Siri 1 / 2008















Alhamdulillah kursus selama tiga hari berjalan dengan lancar dan selamat.

Meteor Tempahan Cikgu Zainal K.Lipis




Tuesday, April 22, 2008

Pedang Melayu RM450.00 (SOLD OUT)




Pedang Melayu Antik
Aring Tembaga
Panjang Mata 23 inci
Panjang keseluruhan 28 inci
Terdapat ukiran ayat " ya zal jala liwal ikraam"
Bilah masih kukuh dan teguh

Monday, April 21, 2008

KURSUS NTENSIF GAYONG WARISAN SERANTAU NEGERI KELANTAN SIRI 1 2008

TARIKH: 24,25 dan 26 APRIL 2008
TEMPAT : SRI NIPAH RESORT

Peranan mata dalam persilatan

Mata memainkan peranan yang sangat penting dalam ilmu beladiri. Dalam pertempuran sebenar yang melibatkan hidup dan mati seseorang pendekar harus mempunyai pandangan yang tajam dan halus untuk membaca gerak.

Mampukah kita membaca gerak tanpa melihat pergerakan lawan. Sudah tentu tidak. Jadi di sinilah mata memainkan peranan. Pada zaman dahulu pendekar melatih ketajaman dan kekerasan pandangan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan menyimbah air ke mata semasa mandi, merenung mentarai naik di waktu pagi. Melatih ilmu latah dan pelbagai lagi. Waalahualam

Saturday, April 19, 2008

Tasbih Raja Kayu Putih RM 250.00

Tasbih 99 biji
3 wakaf 1 rumah
2 penanda biji halus.
Stok satu sahaja ( pada masa ini)

Kemuning Kuning

Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai stok kemuning kuning, ataupun tahu kat mana ada orang yang boleh supply kemuning kuning, bolehlah membantu saya untuk mendapatkannya.

Sebenarnya stok kemuning kuning saya dah habis, banyak produk tempahan tak dapat disiapkan kerana menunggu stok kemuning yang berkualiti.

Mohon maaf kepada penempah permata teras & sumbu badak

Terdapat sedikit musaqah yang menimpa tukang canai permata saya. Sudah seminggu dimasukkan ke ICU kerana penyakit lelah.Terdapat beberapa biji permata yang janji siap pada hari jumaat semalam.

Hari ini saya cuba mencanai sendiri teras delima untuk memenuhi janji kepada sahabat-sahabat. Tapi kurang cantik. Harap sabar InsyaAllah saya akan cuba mencari tukang lain secepat mungkin.

Friday, April 18, 2008

Sarung Badik Ukir....

Untuk mendapatkan kayu kemuning berkualiti dengan plot menarik sukar pada masa kini. Kadang-kadang tukang sarung terpaksa menagguhkan kerja jika bekalan kayu berkualiti tiada. Sehubungan itu hanya bilah-bilah kelas A sahaja yang menggunakan sarung ukir kemuning tua.
Upah kerja mengukir sarung biasanya dikira mengikut bilangan hari yang dihabiskan untuk mengukir serta jumlah ukiran yang dibuat. Semakin halus ukiran, semakin lambatlah kerja-kerja mengukir. Ini kerana tidak ada ruang untuk pengukir membuat sebarang kesilapan, terutama pada hari-hari terakhir kerja mengukir. Jika berlaku kesilapan maka kerja mereka selama berhari-hari sebelum ini sia-sia sahaja.

Pada masa kini biasanya tukang ukir mengambil upah sekitar RM50.00 sehari untuk kerja-kerja ukir mereka. Sarung badik saya mengambil masa 10 hari untuk disiapkan oleh Pak Nik Pa, jadi kiralah sendiri berapa upahnya. Tentu menyesakkan nafaskan. Tapi bagi saya hasil kerjanya menbuatkan hati kita puas, kerana ia adalah sempurna. Tak puas mata memandang dan kagum dengan pemberian bakat luar biasa oleh Allah kepada hambanya.

Thursday, April 17, 2008

Siapa sangka....

Pertama kali setakat saya mengusahakan blog httP://cikgunasir.blogspot.com ini saya menerima kunjungan pelawat seramai 21 orang sekaligus. Teruja dengan perkembangan sihat dan memberangsangkan ini, saya akan cuba memberikan input-input dan produk terbaik untuk semua sahabat-sahabat blog saya.

Terima kasih semua. Jazakallahukhairan kathira.

Majlis Penerimaan Ahli Baru Gayong JUMAAT 18/04/08 JAM 9.00 PAGI







Alhamdulillah, masih ramai lagi anak-anak bangsa kita yang masih berminat dengan silat. Walaupun tanggungjawab ini agak berat untuk dipikul , inilah sahaja sumbangan tenaga,masa dan ilmu bermanafaat yang boleh dicurahkan.
Bangkitlah sahabat-sahabat yang berkebolehan, berikan sedikit sumbangan untuk mendididk anak bangsamu, jangan hanya pandai berkhutbah dan mengkritik sahaja.

Berbaloi... menunggu 4 bulan. (SOLD OUT)



Alhamdulillah berbaloi.... itulah ucapan yang mampu sayakan untuk tugasan Pak Nik Pa ini. Walau pun perit memujuk dan menunggu selama hampir 4 bulan, hasil kerja tangannya selama 10 hari amat memuaskan hati. Bayangkan selama 10 hari bersengkang mata untuk menyiapkan satu sarung dan ulu badik. Insan-insan seni seperti inilah yang sepatutnya dinobatkan oleh masyarakat untuk mengekalkan Warisan Melayu yang sejuk mata memandang.Sebenarnya jika tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan kemuning emas yang lebih matang tentu hasilnya lebih memukau.

Untuk kerja seni yang sebegini bagus, harganya tentu menyesakkan nafas. Tapi, walau apa pun badik-badik saya selepas ini akan menggunakan khidmat Pak Nik Pa sepenuhnya, walaupun terpaksa menunggu 4 bulan. Wooooooow....woooooow......wooow. ( masuk bakul angkat sendiri)
## Teming/pendokok perak belum siap. InsyaAllah pahat bunga Jawa sekali. Biar puas hati.

Wednesday, April 16, 2008